Salam Perkenalan Dari Saya, Khairul Faizi bin A.Rahman.

Tuesday, January 1, 2008
iFaizi
blogger

Jutaan terima kasih dan salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pengunjung lelaman blog ini yang telah sudi meluangkan masa untuk melawat, membaca dan meninggalkan komen di lelaman blog ini. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya sama ada anda kenal atau pun tidak di luar sana. Nama penuh saya ialah Khairul Faizi bin A.Rahman tetapi panggil sahaja saya Faizi.

Saya dilahirkan di Batu Pahat dan dibesarkan di merata tempat di dalam negara Malaysia. Tempat-tempat yang saya pernah bermastatutin ialah Batu Pahat (Johor Darul Takzim, MALAYSIA), Kulaijaya (Johor Darul Takzim, MALAYSIA), Johor Bahru (Johor Darul Takzim, MALAYSIA), Manjung (Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA), Pulau Pinang (MALAYSIA) dan Pontian (Johor Darul Takzim, MALAYSIA). Saya kini menetap semula di daerah kelahiran saya, Batu Pahat yang juga daerah tumpah darahku yang sebenar.



Saya merupakan seorang usahawan kecil yang mengusahakan pelbagai perniagaan perkhidmatan dan produk berasaskan majoriti kepada multimedia, media konvensional & media alternatif. Saya juga merupakan seorang penulis bebas dan penerbit video amatur. Hobi saya ialah merakam video dan memuatnaikkannya di lelaman YouTube hanya untuk sekadar hiburan sendiri.

Nama domain iFaizi.Blogspot.com dipilih adalah kerana saya tertarik dengan perkataan iPhone, iPad, iPod, iMac dan segala produk keluaran Apple (Saya begitu obses dengan segala produk Apple). Selain daripada itu, saya juga amat meminati rancangan iCarly keluaran Nickelodeon hingga tercetusnya idea untuk menamakan blog saya sebagai iFaizi, B-).

Lelaman blog ini diasaskan dengan bertujuan untuk mengekspresikan apa yang saya rasakan dan apa yang ingin saya luahkan. Pada waktu yang sama, saya juga mahu berkongsi cerita, pengalaman, artikel-artikel menarik yang saya rasa ada manfaatnya untuk pembaca blog saya sekalian.

Akhir kata dari saya, santaikan minda dan fizikal diri anda dalam membaca apa jua yang terkandung di dalam blog ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Wassalam. B-)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...