Talian Aduan Majlis Perbandaran Pasir Bedengung (MPPB) ~ Aduan Sampah...

Monday, April 29, 2013
iFaizi
blogger


Zul:
Hello dan salam sejahtera, Majlis Perbandaran Pasir Berdengung! Boleh saya bantu?

Pengadu:
Err… Boleh saya bercakap dengan orang?

Zul:
Encik sedang bercakap dengan orang. Nama saya Zul.


Pengadu:
Tadi, kamu cakap… kamu ialah Majlis Perbandaran Pasir Berdengung! Mana satu yang betul?

Zul:
Saya ialah Zul, saya bekerja di Majlis Perbandaran Pasir Berdengung!

Pengadu:
Kamu kerja apa?

Zul:
(Mengeluh).  Macam-macam kerja saya buat, encik! Sayalah driver lori Majlis, sayalah penguatkuasa Majlis, sayalah runner Majlis, sayalah kerani Majlis. Senang cerita, saya ini pekerja am di Majlis.

Pengadu:
Kiranya… kamu ini ialah hamba abdilah ya?

Zul:
Bukanlah, encik! Dalam bahasa Inggeris disebut multitasking.

Pengadu:
Multitasking tu, apa benda?

Zul:
Multitasking tu macam melakukan pelbagai kerja.

Pengadu:
Hmmm… kira hamba abdilah tu!

Zul:
(Mengeluh). Hmmm… betullah encik, saya memang seorang hamba abdi di sini. Saya memang suka mengabdikan diri saya di Majlis Perbandaran Pasir Berdengung. Sekarang ni, encik nak apa? Saya banyak lagi kerja nak buat sebab maklumlah, saya kan hamba abdi kat sini!

Pengadu:
Kamu belum tanya nama saya!

Zul:
Saya minta maaf, encik! Encik ni siapa?

Pengadu:
Kenapa kamu hendak tahu siapa saya? Kamu memang suka jaga tepi kain orang ke?

Zul:
Bukankah encik yang suruh saya tanya nama encik?

Pengadu:
Ini balai poliskah? Kamu tanya macam seorang pegawai polis!

Zul:
Ini bukan balai polis. Ini ialah pejabat Majlis Perbandaran Pasir Berdengung.

Pengadu:
Tadi, kamu cakap… kamu ialah Zul! Sekarang, kamu cakap… kamu ialah pejabat Majlis Perbandaran Pasir Berdengung! Mana satu yang betul? Boleh tak, kamu tetapkan pendirian kamu?

Zul:
Encik, saya serius ni! Boleh tak, encik jangan main-main?

Pengadu:
Kamu serius? Berapa banyak nama kamu ada ni? Eh, peninglah kepala saya!

Zul:
Boleh tak, encik straight to the point? Encik nak apa sebenarnya? Saya banyak kerja ni. Lagi sekali, encik main-main… saya terus letak telefon!

Pengadu:
Ok, ok! Saya hubungi kamu sebab saya hendak buat aduan.

Zul:
Aduan tentang apa, encik?

Pengadu:
Begini, saya hendak buat aduan tentang longgokan sampah yang tidak dikutip berhampiran rumah saya!

Zul:
Encik menetap di taman perumahan mana?

Pengadu:
Saya tidak menetap di taman perumahan. Kediaman saya terletak di tanah persendirian.

Zul:
Oh, begitu! Apakah encik ada melaksanakan pembayaran cukai pintu kepada pihak Majlis Perbandaran Pasir Berdengung?

Pengadu:
Bukan sahaja cukai pintu, encik! Cukai tingkap, cukai dinding, cukai atap, cukai lantai, cukai siling, cukai mozek dan segala macam cukailah… saya bayar kepada pihak Majlis.

Zul:
….. (Bunyi cengkerik!)

Pengadu:
Hello… ada sesiapa di situ?

Zul:
Saya mohon maaf, encik!

Pengadu:
Kamu hendak mohon maaf untuk apa? Raya lambat lagi!

Zul:
Ok, encik! Sudah berapa lama pihak Majlis tidak angkut sampah?

Pengadu:
Lama jugalah!

Zul:
Ada sampai beberapa harikah? Atau beberapa minggukah?

Pengadu:
Uishhhh… lagi lama daripada tu!

Zul:
Ada sampai beberapa bulankah?

Pengadu:
Saya rasa sudah beberapa tahun… atau sememangnya pihak Majlis tidak pernah angkut sampah, sejak saya menetap di sini beberapa tahun!

Zul:
Hah??!! Sebenarnya, encik menetap dimana?

Pengadu:
Saya menetap di kawasan tapak pelupusan sampah Majlis Perbandaran Pasir Berdengung. Banyak sampah, pihak Majlis tak angkut ni! Dah bertimbun macam bukit ni…

Zul:
Apa??!! What the @#$%^&*… Encik, jangan nak kurang ajar dengan saya @#$%^&*… Kesabaran saya ada batasan @#$%^&*… Nanti saya @#$%^&*… encik, baru tahu! Encik tak kenal saya siapa… @#$%^&*… Jangan nak uji kesabaran saya… @#$%^&*… Jangan main-main, @#$%^&*…

Pengadu:
Berani kamu maki saya? Saya akan buat mengadu tentang budi bicara kamu yang biadab ini kepada YDP (Yang Di-Pertua).

Zul:
Pergilah mengadu… ingat saya takut? Boleh @#$%^&*… sama encik dan YDP. Encik yang mula timbulkan provokasi, encik hendak salahkan saya? Saya akan pertahankan diri saya dan memberi penjelasan kepada YDP. Encik boleh pergi @#$%^&*…

Pengadu:
Hmmm… saya rasa, saya tidak perlu mengadu kepada YDP Majlis!

Zul:
Hah, tahu takut!

Pengadu:
Kamu tidak kenal saya?

Zul:
Untuk apa? Menyakitkan hati sahaja!

Pengadu:
Kamu tidak kenal suara YDP Majlis Perbandaran Pasir Berdengung? Kamu tidak kenal suara bos kamu?

Zul:
Errr… adakah ini Datuk Tukiman?

Pengadu:
Suara YDP sendiri, kamu tak kenal! Apa nak jadi dengan kamu ini?

Zul:
Errr… Sebenarnya, ada tujuan apa… Datuk Tukiman menghubungi saya?

Pengadu:
Apakah kamu sudah lupa salah satu agenda mesyuarat kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Berdengung pada minggu lepas?

Zul:
Hah??!!

Pengadu:
Salah satu agenda mesyuarat kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Berdengung pada minggu lepas ialah saya hendak melakukan inspection terhadap tingkah laku dan budi bicara kakitangan Majlis kita terhadap rakyat tempatan. Saya menyamar sebagai rakyat biasa dan hendak menguji tahap kesabaran kakitangan Majlis kita dalam melayani setiap kerenah rakyat tempatan. Setiap kakitangan Majlis yang gagal dalam ujian ini, saya akan keluarkan surat pemberhentian kerja terhadap kakitangan tersebut.

Zul:
Hah??!!

Pengadu:
Oleh itu… Zul, you’re fired!

GEDEBUK!!! (Bunyi Zul jatuh pengsan)



~ (Muka troll Datuk Tukiman, YDP Majlis Perbandaran Pasir Berdengung)



—–     T   A   M   A   T     —–



HAKCIPTA KHAIRUL FAIZI A.RAHMAN TERPELIHARA. ENTRI INI HANYA TERDAPAT DALAM VERSI BAHASA MELAYU SAHAJA. SEGALA CUBAAN UNTUK MENYALIN SEMULA ATAU MENTERJEMAHKAN DALAM APA JUA BAHASA / DIALEK ATAU MENGOLAH SEMULA DALAM APA JUA FORMAT SAMA ADA DALAM BENTUK FILEM PENDEK, KOMIK KARTUN, CEREKA ANIMASI & SEBAGAINYA TANPA KEIZINAN DARIPADA PENULIS BLOG YANG TELAH DINYATAKAN NAMANYA DI AWAL FRASA PERINGATAN HAKCIPTA INI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI & TINDAKAN PERUNDANGAN SAMA ADA DI PERINGKAT ANTARABANGSA ATAU DOMESTIK ATAU KEDUA – DUANYA SEKALI ( YANG MANA BERSESUAIAN ) AKAN DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG DENGAN SENGAJA & TERANG – TERANGAN MELANGGAR HAK CIPTA. SEKIAN, TERIMA KASIH.

______________________________________________________________________



4 ulasan:

  1. Mia Liana said...:

    uikkkk heheheh... ;)

  1. hahahha, tulah, kan dah kena,

  1. MIS said...:

    apa puye orang la....
    mesti dy x pernah telifon org ni..

    http://grenlifee.blogspot.com/

  1. hahaha lawak2... btw done follow u - Noob

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...