Perihal Ringkas Malaysia

Tuesday, January 1, 2008
iFaizi
blogger



Tulisan blog ini ditujukan khas kepada pembaca-pembaca blog ini yang mahu mengetahui perihal ringkas mengenai negara ini terutama kepada pembaca warganegara luar dan memahami Bahasa Melayu. Selamat Membaca.

Malaysia, merupakan sebuah negara kelahiranku dan tanah tumpah darahku yang sebenar. Berkeluasan 329,845 km² dan populasi penduduk 28,310,000 orang (Menurut sumber Wikipedia tahun 2009).



Negara-negara jiran kepada MALAYSIA ialah Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand & Filipina.

Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 3 Wilayah Persejutuan iaitu :-

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Wilayah Persekutuan Labuan.
Selangor Darul Ehsan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Pulau Pinang
Perak Darul Ridzuan
Kedah Darul Aman
Perlis Indera Kayangan
Johor Darul Takzim
Melaka
Pahang Darul Makmur
Kelantan Darul Naim
Terengganu Darul Iman
Sarawak
Sabah

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur. Berdasarkan sumber Wikipedia tahun 2009, Kuala Lumpur merupakan bandar terbesar, berkepadatan penduduk tinggi dan termaju di Malaysia.
Setakat ini sahaja info ringkas yang boleh saya berikan tentang negara persekutuan Malaysia. Sekiranya ada lagi info mengenai Malaysia, saya akan menulisnya lagi di blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca. B-)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...