Perihal Ringkas Batu Pahat

Tuesday, January 1, 2008
iFaizi
blogger



Baiklah, oleh kerana aku baru memulakan blog ini, maka adalah lebih baik aku mulakan dengan sesuatu yang mudah untuk aku taip di sini.

Batu Pahat, merupakan salah sebuah daerah daripada 10 daerah yang ada di negeri Johor Darul Takzim, MALAYSIA ini.sebuah daerah kelahiranku dan kampung daerah aku yang sebenar. Berkeluasan 1,872.56 km² dan populasi penduduk 538,880 orang (Anggaran tahun 2007 untuk seluruh daerah Batu Pahat yang ku petik dari Wikipedia), Batu Pahat merupakan sebuah daerah dan bandar kedua terbesar dan termaju di negeri Johor Darul Takzim, MALAYSIA selepas Johor Bahru.



Daerah-daerah jiran kepada daerah Batu Pahat ialah Kluang, Muar, Segamat dan Pontian.

Ibu daerah Batu Pahat juga sama dengan nama daerah ini, Batu Pahat atau dikenali juga sebagai Penggaram. Berdasarkan sumber Wikipedia tahun 2009, Penggaram merupakan bandar ke-12 terbesar, berkepadatan penduduk tinggi dan termaju di Malaysia.

Daerah Batu Pahat dibahagikan kepada 2 pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP – Dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Barat, MDBPB) dan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP – Dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Timur, MDBPT). Daerah Batu Pahat juga mempunyai sebuah daerah kecil dibawah pentadbirannya, daerah kecil Rengit yang mempunyai 3 buah mukim di bawah pentadbiran daerah kecil Rengit iaitu mukim Sungai Kluang, Sungai Punggor dan Kampung Bahru. Daerah kecl Rengit juga terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP.

Batu Pahat mempunyai 14 buah mukim iaitu :-

1) Mukim Lubok (Mukim 1)
2) Mukim Bagan (Mukim 2)
3) Mukim Peserai (Mukim 3)
4) Mukim Simpang Kiri (Mukim 4)
5) Mukim Sipang Kanan (Mukim 5)
6) Mukim Linau (Mukim 6)
7) Mukim Tanjung Semberong (Mukim 7)
8) Mukim Sri Gading (Mukim 8)
9) Mukim Minyak Beku (Mukim 9)
10) Mukim Kampung Bahru (Mukim 10)
11) Mukim Sungai Punggor (Mukim 11)
12) Mukim Sungai Kluang (Mukim 12)
13) Mukim Chaah Baru (Mukim 13)
14) Mukim Seri Medan (Mukim 14)

Antara tokoh-tokoh yang dilahirkan atau dikaitkan dengan daerah Batu Pahat ialah :-

Dato Onn Jaafar :-

pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Beliau juga pernah menyandang jawatan pegawai daerah Batu Pahat ketika era penjajahan British.

Tun Hussein Onn :-

Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, anak kepada Dato Onn Jaafar. Semasa beliau menjawat jawatan perdana menteri, beliau merupakan seorang ahli parlimen Sri Gading yang juga terletak di dalam daerah Batu Pahat. Nama beliau kini diabadikan di sebuah universiti yang terletak di dalam daerah Batu Pahat iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein :-

Anak kepada Tun Hussein Onn dan cucu kepada Dato Onn Jaafar. Beliau kini merupakan seorang Menteri Dalam Negeri Malaysia. Beliau juga merupakan seorang Naib Presiden UMNO Malaysia.

Tun Sardon Jubir :-

Tun Sardon Jubir merupakan salah seorang pemimpin kanan di dalam UMNO ketika era YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Beliau juga merupakan mantan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Nama beliau kini diabadikan di sebuah sekolah menengah di tempat asalnya, Rengit yang juga terletak di dalam daerah Batu Pahat iaitu SMK Tun Sardon Jubir.

Dr Chua Soi Lek :-

Beliau merupakan mantan Menteri Kesihatan Malaysia. Merupakan seorang Timbalan Presiden MCA Malaysia, beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) Penggaram pada era tahun 70-an.

Lim Kit Siang :-

Pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan salah seorang pemimpin DAP yang bertanggungjawab dalam mengasaskan parti DAP yang juga parti serpihan Parti Tindakan Rakyat atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah People Action Party (PAP) di Singapura setelah republik itu berpisah daripada persekutuan negara Malaysia.

Dr Syed Husin Ali :-

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Tan Sri Vincent Tan :-

Beliau merupakan salah seorang billionaire terunggul di Malaysia. Merupakan seorang pengerusi Berjaya Group, beliau juga memiliki Sports TOTO, Berjaya Times Square di Kuala Lumpur, Berjaya Hotel & Resort dan lain-lain lagi.

Lee Kim Yew :-

Pengerusi Country Heights Group

Kiyai Salleh :-

Pemimpin Tentera Selempang Merah yang menghalang kekejaman askar Parti Komunis Malaya (PKM) di Batu Pahat.

Lim Guan Eng :-

Beliau merupakan setiausaha agung parti DAP Malaysia dan pernah bersekolah di High School Batu Pahat (HSBP). Setiap kali pilihanraya umum Malaysia menjelang, beliau akan bertanding di negeri Melaka. Namun begitu, pada pilihanraya umum Malaysia ke-12 tahun 2008, beliau bertanding di negeri Pulau Pinang. Beliau memenangi pilihanraya di negeri itu dan beliau kini menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tony Phua :-

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara

Teo Nie Ching :-

Ahli parlimen Serdang.

Teng Chang Kim

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Darul Ehsan.

Antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi ketika berada di daerah Batu Pahat ialah :-

Benteng :-

Jika berkunjung ke daerah Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "Benteng", suatu tempat makan yang terkenal di dalam daerah Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

BP Walk :-
Pada waktu malam pula, bandaraya Penggaram terkenal dengan “BP Walk” iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP Walk dibuka sehingga pukul 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang & Muar pada waktu malam.

Dataran Penggaram :-
Dataran Penggaram merupakan sebuah tempat di mana, ramai warga setempat akan berkunjung dengan keluarga, pasangan bercinta, kawan-kawan atau seorang diri bagi mensantaikan diri. Kebiasaannya, Datan Penggaram lebih meriah suasananya pada sebelah malam.

Wet World Batu Pahat :-
Wet World Batu Pahat merupakan satu-saunya taman tema air yang ada di dalam daerah Batu Pahat. Walaupun tidak sebesar Sunway Lagoon di Petaling Jaya dan A Famosa Waterworld di Melaka tetapi ia sudah cukup untuk warga daerah Batu Pahat dan warga daerah jiran bertandang ke sini bagi “ bermain air ” bersama keluarga, pasangan, kawan-kawan atau seorang diri dengan penuh ceria. Taman tema air ini terletak di Tasik Merdeka

Yong Peng :-
Merupakan bandar kedua terbesar di dalam daerah Batu Pahat selepas bandaraya Penggaram. Suatu ketika dahulu, Yong Peng sangat terkenal dengan pengeluaran kicap soyanya berskala besar. Kini, Yong Peng lebih dikenali sebagai bandar satelit utama kepada bandaraya Penggaram. Yong Peng juga merupakan pintu masuk utama ke daerah ini dari daerah Segamat.

Parit Raja :-
Terletak di dalam mukim Sri Gading, Parit Raja juga merupakan bandar satelit utama kepada bandaraya Penggaram. Selain terkenal dengan pengeluaran kerepek yang sedap-sedap, Parit Raja juga terkenal sebagai Hub Pendidikan & Pengajian utama di daerah ini dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi pelopornya.

Ayer Hitam :-
Bandar ini terkenal dengan jolokan nama dan gelaran bandar seramik. Terdapat banyak perniagaan di bandar ini menumpukan kepada perniagaan menjual barang-barang seramik, kraftangan, bunga-bungaan, patung-patung dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya. Bandar ini juga terkenal di kalangan bakal-bakal pengantin di negeri Johor Darul Takzim, MALAYSIA kerana segala keperluan pertunangan, pernikahan & persandingan, semua lengkap dan ada di sini. Ayer Hitam juga menjadi pintu masuk utama ke daerah ini dari daerah Kluang. Ayer Hitam terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng (MDYP)

Minyak Beku :-
Minyak Beku merupakan kawasan memancing yang terkenal di kalangan pemancing di dalam daerah Batu Pahat.

Senggarang/Rengit :-
Walaupun Senggarang dan Rengit merupakan bandar kecil di dalam daerah ini tetapi kedua-dua bandar ini sedang pesat membangun selain dari menjadi kawasan pertanian utama di daerah ini. Bandar Rengit merupakan pintu masuk utama ke daerah ini dari daerah Pontian.

Sekiranya anda berkunjung ke daerah Batu Pahat dan berhasrat untuk menginap di sini, terdapat beberapa hotel dan penginapan yang boleh anda pilih untuk menginap di daerah ini. Berikut ialah senarai hotel dengan alamat dan nombor telefon untuk dihubungi seandainya anda berminat untuk menginap di daerah ini.

Garden Hotel
Address: 29, Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Telephone: +607 431 5999
Fax: +607 431 5759

Crystal Inn.
Address: 36 Jalan Zabedah, 83000 Batu Pahat
Telephone: +607-431 5222
Fax: +607-431 8188
Email: crystinn@tm.net.my

Valerie Hotel
Address: 104-1, Jalan Fatimah, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tel: +607 441367
The Katerina Hotel
Address: 8, Jalan Zabedah, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Tel: +607-433 7111
Fax: +607-433 6111 / 438 7111
Web: http://www.katerinahotel.com/

Pelican Hotel
Address: 181 Jalan Rugayah, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tel: +607 432 8111
Fax: +607 4322 755

Hotel Carnival.
Address: 2 Jalan Fatimah, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Telephone: +607-4315122
Fax: +607-431 0611
Email: kkleets@tm.net.my

Rest House Batu Pahat
Address: 870, Jalan Tasek, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Phone: +607-4316122
FAX: +607-4341181

The Landmark Hotel
Address: No. 1, Jln Omar, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Phone: +607- 432 0001

Hau Wah Hotel
Address: No. 37, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor, Malaysia
Tel: +607 467 1336

D’Impian Inn Hotel
Address: No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, 86400, Parit Raja, Batu Pahat,Johor, Malaysia
Tel: +607 453 2744 / +607-454 1744
Web :- http://dimpianinn.blogspot.com/

Terdapat beberapa kompleks membeli belah yang setaraf dengan bandar-bandar besar di Malaysia sekiranya anda ini adalah “ Kaki Shopping ” seperti,


BP Mall


Carrefour & Square One Mall


Summit Batu Pahat

Terdapat beberapa pawagam untuk anda melepaskan gian menonton wayang sekiranya anda seorang “ Kaki Wayang ” ketika anda berada di daerah ini.

GSC Summit Batu Pahat
MBO Square One Mall
BigCinemas BP Mall

Setakat ini sahaja info yang boleh saya berikan tentang daerah Batu Pahat. Sekiranya ada lagi info mengenai Batu Pahat, saya akan menulisnya lagi di blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca. B-)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...