Yoshito Usui Meninggal Dunia.

Sunday, September 13, 2009
iFaizi
blogger



Pencipta Crayon Shin Chan, Yoshito Usui yang telah pergi buat selama-lamanya pada 11 September 2009. Dilahirkan pada 21 April 1958 di daerah Shizouka, negara Jepun, Yoshito Usui yang telah hidup selama 51 tahun diberitakan meninggal dunia berpunca daripada kecederaan parah yang dialami beliau ketika jatuh gaung di Gunung Arufune yang terletak di dalam daerah Gunma, negara Jepun.





Mungkin kematian Yoshito Usui tidaklah seglamer kematian Raja Pop, Micheal Jackson tetapi bagi peminat fanatik Crayon Shin Chan, pemergian Yoshito Usui tetap akan terasa di hati kerana mereka sudah tentunya akan tertanya-tanya apa nasib yang menimpa kepada manga dan anime Crayon Shin Chan? Mungkin pengganti kepada Yoshito Usui boleh dicari bagi meneruskan karya Crayon Shin Chan tetapi adakah ramuan kejayaan kepada fenomena Crayon Shin Chan di kalangan peminatnya dapat dikekalkan atau dipertingkatkan? Sama-sama kita tunggu dan lihat.



Barangkali Shin Chan sedang menangis kerana pencipta asalnya telah pergi buat selama-lamanya. Tabahkan hatimu. Shin Chan. Yang hidup pasti akan menemui ajal, bersabarlah Shin Chan. Teruskan usahamu membuat manusia tersenyum walaupun kamu sering berada dalam kesedihan. B-)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...