Islam Bermula Di Mana? Dari Siapa? Bagaimana? Bila? Kenapa? Apa?...
Dicatat oleh
iFaizi
di
10:12 AM
Friday, April 5, 2019
Din & Ah Hong sedang menikmati minum petang bersama-sama di kedai kopi. Sambil menikmati minum petang mereka… mereka santai bersembang sesama mereka…
“Wei, Ah Hong! Aku dengar ko ada belajar tentang agama Islam… betul ke?” Din bertanya.
“Ya, betul! Kenapa?” Ah Hong mengiyakan.
“Macam mana? Dah terbuka pintu hati ko untuk menerima Islam?” Din bertanya lagi…
“Gelojoh juga ko ni kan? Aku masih belajar dan masih banyak perkara aku nak belajar…” Ah Hong jawab ringkas.
“Baguslah kalau ko nak belajar tapi jangan ambil masa lama sangat untuk menerima Islam. Hidup kita ni singkat… entah-entah, esok kita dah tak bernyawa. Pada aku… kalau kita dah mula belajar sesuatu yang asas… adalah lebih baik kita menerima Islam terlebih dahulu dan kita meneruskan pembelajaran agama Islam ketika kita sudah berada dalam agama Islam. Sekurangnya apabila kita mati… kita mati dalam Islam.” Din menasihatkan Ah Hong.
Ah Hong hanya sekadar tersenyum. Tidak pasti sama ada senyuman Ah Hong bersifat ikhlas atau bersifat sinis.
“Cara ko cakap ni… nampak gaya… banyak yang ko tahu pasal Islam… kalau aku tanya banyak soalan pasal Islam kepada ko… adakah akan menjadi masalah kepada ko untuk menjawabnya?” Ah Hong bertanya kepada Din.
“Sebagai sahabat yang mahu melihat sahabatnya juga masuk syurga bersama… Isyaallah… akan sedayanya aku cuba menjawab sebaik mungkin terhadap segala persoalan ko terhadap Islam.” Din memberi jaminan kepada Ah Hong.
“Baiklah… Islam bermula dari nabi rasul siapa? Adam atau Muhammad?” Ah Hong bertanya kepada Din.
“Islam diwahyukan dan diturunkan oleh Allah s.w.t melalui malaikat Jibril kepada para nabi dan rasul pilihanNya bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah berakhir kepada nabi dan rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W” Din merasa lega dan sedikit bangga kerana merasakan sudah menjawab pertanyaan Ah Hong dengan jayanya.
“Boleh ko sebutkan Rukun Islam dan Rukun Iman dengan lengkap?” Ah Hong bertanya lagi…
“Ko belajar agama Islam… ustaz atau ulama tak ada ajar ko pasal Rukun Islam dan Rukun Iman ke? Perkara itu kan asas dalam pembelajaran agama Islam.” Din bertanya kepada Ah Hong.
“Aku tahu… aku cuma nak dengar dari mulut ko saja. Boleh tak? Kalau tak boleh… tak apa.” Ah Hong bicara ringkas.
Din tak begitu pasti apa niat Ah Hong sebenarnya tapi beliau tetap menjawab dengan yakin.
“Baiklah… aku mulakan dengan Rukun Islam terlebih dahulu… Rukun Islam ada 5 perkara…
Pertama… Mengucap 2 kalimah syahadah…
Kedua… Mengerjakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam…
Ketiga… Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan…
Keempat… Membayar zakat… zakat harta & zakat fitrah…
Kelima… Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu…
Nak aku huraikan setiap Rukun Islam?” Din menjelaskan kepada Ah Hong.
“Belum lagi… ko teruskan dengan Rukun Iman pula…” Ah Hong membalas.
“Baiklah… Rukun Iman pula ada 6 perkara…
Pertama… Beriman kepada Allah s.w.t…
Kedua… Beriman kepada malaikat-malaikat…
Ketiga… Beriman kepada kitab-kitab…
Keempat… Beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul…
Kelima… Beriman kepada Hari Akhirat…
Keenam… Beriman kepada Qada’ & Qadar…
Sekarang… nak aku huraikan setiap Rukun Islam dan Rukun Iman?” Din menjelaskan kepada Ah Hong dan bertanya kepada Ah Hong.
“Silakan… tapi tak perlu panjang lebar. Biarkan ringkas tapi pengisiannya padat.” Ah Hong membalas.
“Baiklah… aku mulakan huraian aku dengan Rukun Islam terlebih dahulu… kemudian… barulah aku huraikan secara ringkas Rukun Iman pula…
Rukun Islam ada 5 perkara…
Pertama… Mengucap 2 kalimah syahadah… ASYHADU AN LA ILAHA ILLALAH, WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. Yang bermaksud… AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG SEBENAR-BENARNYA MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA SESUNGGUHNYA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH.
Kalimah syahadah ini penting diucapkan sebagai permulaan kita menjadi penganut agama Islam di atas muka bumi dunia milik Allah s.w.t … ucapan 2 kalimah syahadah ini menunjukkan bahawa sebagai hamba Allah s.w.t … kita mengakui keesaan Allah s.w.t dan mengakui baginda yang kita kasihi ini… Nabi Muhammad s.a.w sebagai penghulu segala rasul dan nabi yang telah diutuskan oleh tuhan dalam membimbing diri kita ke jalan yang benar.
Kedua… Mengerjakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam…
Seperti mana yang telah diperintahkan oleh tuhan sekalian alam dan manusia… adalah wajib untuk kita umat manusia mengerjakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.
Solat fardhu 5 waktu sehari semalam itu ialah Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib & Solat Isyak.
Solat Subuh dikerjakan sebanyak 2 rakaat.
Solat Zohor dikerjakan sebanyak 4 rakaat.
Solat Asar dikerjakan sebanyak 4 rakaat
Solat Maghrib dikerjakan sebanyak 3 rakaat
& Solat Isyak dikerjakan sebanyak 4 rakaat.
Ketiga… Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan…
Setiap tahun… mengikut kalendar Islam Hijrah… umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Pada ketika itu… umat Islam di seluruh dunia akan menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar sehinggalah terbenamnya matahari.
Dalam bahasa yang mudah difahami… umat Islam mula berpuasa pada waktu subuh dan akan berbuka atau dalam Bahasa Arabnya ialah iftar pada saat azan Maghrib berkumandang.
Selain daripada menahan lapar dan dahaga… umat Islam juga dilarang melakukan beberapa perkara yang boleh menyebabkan puasa itu terbatal dengan sendirinya.
Tujuan umat Islam berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan ialah agar kita belajar bersabar dan memahami kesusahan yang dialami oleh manusia lain dalam menempuh kehidupan yang mencabar.
Keempat… Membayar zakat… zakat harta & zakat fitrah…
Tujuan zakat adalah bagi mengimbangi ekonomi umat Islam dan membantu umat Islam yang dalam kesusahan hidup.
Terdapat pelbagai jenis zakat yang dikenakan tapi yang paling popular ialah zakat fitrah. Tempoh waktu untuk membayar zakat fitrah ialah apabila bermulanya bulan Ramadhan sehinggalah sebelum terbenamnya matahari 1 Syawal.
Kelima… Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu…
Setiap umat Islam yang mampu mengerjakan haji adalah wajib mengerjakannya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Banyak faktor yang dikira sebagai ‘mampu’ tapi pada kebiasaannya ‘mampu’ yang dimaksudkan ialah mampu dari segi kewangan.
Haji bermaksud ziarah suci yang dilakukan oleh umat Islam ke kota suci umat Islam ~ Mekah.
Haji dikerjakan pada 8 sehingga 12 hari bulan Zulhijjah.
Baiklah… lengkap sudah huraian ringkas aku pasal Rukun Islam… sebelum aku teruskan kepada huraian ringkas pasal Rukun Iman… ko ada nak tanya apa-apa?” Din menjelaskan tentang Rukun Islam kepada Ah Hong.
“Tak apa… ko teruskan dengan Rukun Iman pula… ko dah siap menghuraikan Rukun Islam dan Rukun Iman… barulah aku ajukan pertanyaan kepada ko...” Ah Hong membalas.
“Baiklah… Rukun Iman pula ada 6 perkara…
Pertama… Beriman kepada Allah s.w.t…
Kita semua ini yang ada atas dunia muka bumi ini… hendaklah dan wajib kita mengakui keesaan tuhan yang satu… tuhan yang satu itu ialah Allah s.w.t …
Kita semua dicipta oleh tuhan dan sebagai ciptaanNya… hendaklah kita megikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Sebab itu… adalah wajib untuk kita beriman kepada tuhan yang maha satu… Allah s.w.t ...
Kedua… Beriman kepada malaikat-malaikat…
Selain daripada manusia, jin, iblis, haiwan, tumbuhan, alam semesta ini dan makhluk-makhluk ghaib lain… malaikat juga adalah makhluk ciptaan tuhan.
Setiap malaikat yang diciptakan tuhan ada peranan mereka masing-masing yang telah Allah s.w.t amanahkan kepada mereka.
Malaikat-malaikat ciptaan Allah s.w.t dicipta daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat kerana elemen yang Allah s.w.t masukkan dalam diri malaikat ialah malaikat-malaikat tidak mempunyai hawa nafsu seperti mana manusia.
Malaikat-malaikat ciptaan Allah s.w.t merupakan makhluk tidak berjantina, tidak bersuami, tidak beristeri, tidak ber-ibu, tidak berbapa, tidak beranak, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan sebagainya yang sifatnya banyak bertentangan dengan sifat manusia.
Malaikat-malaikat ciptaan Allah s.w.t mampu menjelma kepada pelbagai rupa yang dikehendaki dengan izin Allah s.w.t …
Bilangan malaikat-malaikat ciptaan Allah s.w.t juga sangat banyak tapi yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam ada 10 kesemuanya… 10 malaikat yang wajib diketahui oleh setiap umat Islam ialah…
Malaikat pertama… Malaikat Jibril… malaikat ini tugasnya ialah menyampaikan wahyu Allah kepada setiap nabi dan rasul pilihanNya.
Malaikat kedua… Malaikat Mikail… malaikat ini tugasnya ialah menyampaikan dan membawa rezeki oleh Allah s.w.t kepada setiap makhluk ciptaanNya terutama sekali golongan manusia.
Malaikat ketiga… Malaikat Israfil… malaikat ini tugasnya ialah meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari kiamat dan hari akhirat. Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala sebanyak dua kali yang mana tiupan pertama akan mematikan setiap yang bernyawa di dunia ini dan tiupan kedua akan membangkitkan semula setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mana golongan manusia yang dibangkitkan semula akan dihisab segala amalan mereka ketika mereka hidup di dunia.
Malaikat keempat… Malaikat Izrail… malaikat ini tugasnya ialah mencabut nyawa setiap makhluk yang bernyawa di atas dunia ini terutama sekali manusia. Juga dikenali sebagai Malaikat Maut.
Malaikat kelima dan keenam… Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir… malaikat-malaikat ini tugas mereka ialah menyoal manusia yang telah meninggal dunia di alam barzakh… alam barzakh atau juga dikenali sebagai alam kubur.
Malaikat ketujuh… Malaikat Ridhwan… malaikat ini tugasnya ialah menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malaikat kelapan… Malaikat Malik...malaikat ini ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka. Dikhabarkan bahawa Malaikat Malik ini sangat bengis dan garang yang tiada tolok bandingnya dengan manusia.
Malaikat kesembilan… Malaikat Raqib… malaikat ini tugasnya ialah mencatat segala amalan baik manusia.
Malaikat kesepuluh… Malaikat Atid… malaikat ini tugasnya ialah mencatat segala amalan dan perlakuan buruk manusia.
Baiklah… sekarang kita pergi kepada Rukun Iman ketiga pula... Beriman kepada kitab-kitab… Kitab merupakan sebuah buku yang mengandungi ayat-ayat tuhan yang disampaikan kepada nabi-nabi serta rasul-rasul pilihanNya melalui Malaikat Jibril untuk dijadikan panduan hidup manusia sekalian alam.
Sebagai umat Islam… wajib untuk kita beriman kepada kitab suci Al-Quran yang merupakan kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai pelengkap panduan kehidupan untuk golongan manusia sejagat.
Kitab suci Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t dalam Bahasa Arab yang perlu ditulis dan dibaca dengan hukum tajwid yang betul.
Kitab suci Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t kepada nabi dan rasul terakhir ~ Nabi Muhammad s.a.w …
Sebelum kitab suci Al-Quran… Allah s.w.t telah menurunkan 3 kitab sebelum kitab suci Al-Quran sebagai panduan hidup kepada golongan manusia.
Kitab-kitab selain kitab suci Al-Quran yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t ialah…
Kitab Taurat… kitab ini diturunkan kepada Nabi Musa a.s … diturunkan dalam Bahasa Ibrani dan kini kitab itu diikuti oleh penganut agama Yahudi.
Kitab Zabur… kitab ini diturunkan kepada Nabi Daud a.s … diturunkan dalam Bahasa Qibthi… pada masa kini… kitab ini tidak diikuti oleh mana-mana penganut agama.
Kitab Injil… kitab ini diturunkan kepada Nabi Isa a.s … diturunkan dalam Bahasa Suryani… kitab ini kini diikuti oleh penganut agama Nasrani dalam pelbagai versi bahasa.
Kitab Taurat, Zabur dan Injil kini tidak diikuti oleh penganut agama Islam kerana isi kandungan asalnya telah diubahsuai, ditokok tambah dan bercanggah dengan nilai-nilai ajaran agama Islam yang sebenar… oleh sebab itu… penganut agama Islam hanya berpegang kepada isi kandungan kitab suci Al-Quran, sunnah rasulullah s.a.w dan himpunan hadis-hadis sahih.
Kita pergi kepada Rukun Iman keeempat pula… Beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul… pengertian nabi dalam Islam ialah orang yang diberi wahyu oleh Allah s.w.t sebagai panduan hidup manakala pengertian rasul pula ialah nabi yang diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada golongan manusia sejagat pada zamannya.
Secara umumnya… seorang rasul ialah seorang nabi tetapi seorang nabi tidak semestinya seorang rasul.
Dalam Islam… terdapat 25 rasul yang wajib diingati dan diketahui. Aku takkan huraikan satu persatu kesemuanya kerana lama pula nanti nak huraikan kesemua 25 rasul tersebut.
Apa yang boleh aku katakan di sini ialah nabi dan rasul pertama ialah Nabi Adam a.s dan nabi serta rasul terakhir ialah Nabi Muhammad s.a.w …
Walaupun terdapat 25 rasul yang wajib diingati serta diketahui oleh umat Islam… sebenarnya bilangan nabi dan rasul adalah lebih banyak daripada itu.
Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 315 orang berdasarkan hadis oleh Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad s.a.w), “Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda s.a.w menjawab, “Ya.” Kemudian orang itu bertanya, “Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda s.a.w menjawab, “10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi, “Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda s.a.w menjawab, “10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda s.a.w menjawab, “315.” Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercayai.
Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi dan rasul terakhir. Baginda merupakan penghulu segala nabi dan rasul.
Sekarang… kita ke Rukun Iman kelima pula… Beriman kepada Hari Akhirat…
Dalam Islam… dunia ini hanyalah tempat tumpangan sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal abadi buat selama-lamanya.
Hidup kita di dunia ini hanyalah sekadar memperbanyakkan amal ibadah kita sebagai bekalan menghadapi alam akhirat yang kekal abadi.
Akan sampai suatu masa… dunia ini akan musnah kerana Hari Kiamat itu adalah benar dan pasti… dan kita akan dibangkitkan kembali di alam akhirat untuk dihisab segala amal ibadah kita. Amal ibadah kita akan menentukan ke mana hala tuju kita di alam akhirat… sama ada kita ke syurga atau kita ke neraka.
Rukun Iman keenam… Rukun Iman yang terakhir… Beriman kepada Qada’ & Qadar…
Qada’ & Qadar dalam pengertian mudahnya ialah suatu ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dari sebelum terciptanya alam semesta ini sehinggalah ke alam akhirat.
Orang Islam berpegang pada prinsip bahawa setiap apa jua yang berlaku sudah termaktub dalam Qada’ & Qadar tuhan yang maha esa… Allah yang maha satu.
Antara elemen Qada’ & Qadar tuhan yang sudah ditetapkan sejak azali lagi ialah rezeki, jodoh & ajal maut. Kita disuruh banyakkan berdoa, berusaha & bertawakkal atau berserah kepada Allah sw.t … selebihnya adalah menjadi kerja tuhan dalam menentukan segalanya. Apa jua hasilnya dalam kehidupan kita… kita hendaklah bersyukur dan redha terhadap segala ketentuan yang telah ditetapkan tuhan.
Baiklah… selesai sudah huraian ringkas aku pasal Rukun Islam & Rukun Iman yang sebenarnya tak berapa nak ringkas ini…” Din merasa lega kerana telah memberi huraian ringkas yang sebenarnya boleh tahan panjang lebar kepada Ah Hong.
“Wow… banyak juga ilmu pasal Islam yang tersemat di minda dan jiwa ko…” Ah Hong memuji Din.
“Perkara ini menjadi kewajiban & tanggungjawab aku dalam menyebarkan dakwah Islam… aku sekadar berusaha sekadar yang termampu dalam menimba ilmu Islam untuk dikongsi dan disebarkan.” Din membalas.
“Hmmm… bagus juga usaha ko…” Ah Hong membalas.
“Ko ada apa-apa yang nak ditanya ke?” Din bertanya kepada Ah Hong.
“Baiklah… berbalik kepada soalan awal aku… Islam bermula dari nabi rasul siapa? Adam atau Muhammad?” Ah Hong bertanya kepada Din.
“Kan aku dah jawab… Islam diwahyukan dan diturunkan oleh Allah s.w.t melalui malaikat Jibril kepada para nabi dan rasul pilihanNya bermula dari Nabi Adam A.S sehinggalah berakhir kepada nabi dan rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W” Din mula sedikit marah kerana mengulangi jawapan yang sama kepada soalan yang sama diulang oleh Ah Hong.
“Hmmm…” Ah Hong termenung sekejap.
“Ko tak puas hati ke dengan jawapan aku?” Din bertanya kepada Ah Hong.
“Nampaknya ada ketikanya… psikologi manusia tidak menyedari apa yang mereka fikirkan, cakapkan dan lakukan dalam kehidupan seharian mereka.” Ah Hong membalas.
“Apa yang ko cuba nak sampaikan ni?” Din bertanya dalam emosi yang sedikit marah kepada Ah Hong.
“Sewaktu ko menghuraikan secara ringkas pasal Rukun Islam & Rukun Iman… apakah ko tak nampak sesuatu?” Ah Hong bertanya.
“Maksud ko?” Din pula bertanya.
“Aku tak tahu sama ada ko menyedari atau tak mahu menyedari tetapi pada aku… Islam hanya wujud pada zaman Nabi Muhammad s.a.w … Daripada Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Isa a.s … mereka tidak mengerjakan amalan ajaran Islam yang sebenar… & apabila aku mengatakan bahawa Islam hanya wujud di zaman Nabi Muhammad s.a.w … apa yang aku maksudkan ialah Nabi Muhammad s.a.w hanya mereka-reka cerita bahawa Islam adalah agama pilihan tuhan.” Ah Hong menjelaskan.
“Ko jangan nak bersifat kurang ajar… sabarnya orang Islam itu ada hadnya…” Din memberi amaran kepada Ah Hong.
“Apa salahnya kalau ko memberi peluang untuk aku habiskan segala bicara aku. Apabila aku nyatakan bahawa bicara aku sudah habis… akan aku beri peluang kembali kepada ko untuk menjawab segala bicara aku. Janganlah memandang aku dari suatu sudut seolah-olah aku berniat menghina tetapi pandanglah dari sudut yang aku sangat dahagakan jawaban terhadap segala persoalan yang bermain di minda sanubari aku… Jika dari awal lagi aku berniat nak menghina agama ko… tak ada maknanya aku cuba sedaya untuk mempelajari dan mendalami ilmu pasal agama Islam.” Ah Hong mensekolahkan Din.
“Baiklah… teruskan… apa yang bermain di minda sanubari ko? Setelah selesai bicara ko… maklumkan kepada aku… akan aku patahkan segala hujah ko…” Din sedikit tenang tetapi masih tersisa sedikit emosi marahnya kepada Ah Hong. Din tidak sabar untuk mematahkan segala hujah Ah Hong.
“Baiklah… aku harap… ko tak mencelah ketika aku sedang bercakap. Biarkan aku habis bicara aku dan peluang untuk ko menjawab akan kembali semula kepada ko… bagaimana?” Ah Hong membalas.
“Baiklah… teruskan…” Din membalas.
“Baiklah… aku teruskan… untuk pengetahuan ko.... Selain daripada Islam… aku juga mempelajari agama-agama lain. Pada peringkat awalnya… aku dapati agama Islam adalah agama yang benar jika nak dibandingkan dengan agama lain. Akan tetapi… semakin aku cuba menggali, mendalami dan memperhalusi agama Islam… aku dapati bahawa sebenarnya agama Islam tak ada beza pun berbanding konsep agama lain. Penganut agama Islam merasakan bahawa agama mereka adalah agama yang benar dan akhirnya ramai penganut agama Islam merasa marah apabila mendapat tahu bahawa ada orang yang seagama dengan mereka telah murtad… keluar dari agama Islam.
Penganut Islam yang marah ini berpendapat bahawa orang Islam yang murtad ini keluar Islam kerana terikutkan hawa nafsu yang dilarang oleh tuhan dan agama. Sekarang… bilangan murtad semakin meningkat ramai dan apa yang sangat mengejutkan ialah apabila ada penganut Islam yang dahulunya lantang bersuara menyebarkan ajaran Islam… kini memilih untuk menjadi atheist atau deist.
Untuk pengetahuan ko… atheist ialah golongan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan apatah lagi agama manakala golongan deist pula ialah golongan yang masih mempercayai kewujudan tuhan tapi tidak pula mempercayai agama.
Ko dan mungkin ramai lagi penganut Islam yang masih berpegang teguh kepada ajaran Islam mungkin tidak menyedari bahawa dalam diam… semakin ramai penganut Islam sudah beralih kepada pegangan Deist. Semakin ramai juga penganut Islam menjadi Atheist tetapi yang menjadi Deist lebih ramai berbanding Atheist kerana bukan mudah bagi Ex-Muslim Deist ini melenyapkan kepercayaan mereka bahawa tuhan itu wujud… Ex-Muslim Deist merasakan bahawa semakin mereka sedayanya mendekatkan diri mereka dengan ajaran agama Islam… semakin jauh untuk mereka menyakinkan diri mereka bahawa Islam adalah agama yang benar. Ini akan aku terangkan kenapa sebentar lagi.
Berbalik kepada perkara pasal dari mana mula Islam ini… dari Nabi Adam a.s atau Nabi Muhammad s.a.w …
Sebenarnya aku dah tahu pasal Rukun Islam & Rukun Iman… aku sengaja suruh ko sebutkan semula Rukun Islam & Rukun Iman… sahaja aku nak tengok… manalah tahu ko menyedari sesuatu dari sudut perspektif aku... kenapa aku mempersoalkan dari mana mulanya Islam sehinggakan aku merasakan bahawa agama Islam pun bukanlah agama yang benar seperti mana agama lain yang aku belajar.
Baiklah… kita mulakan dengan Rukun Islam…
Rukun Islam yang pertama ialah mengucap 2 kalimah syahadah. Baiklah… ini mungkin aku tak dapat sangkal bahawa kalimah syahadah telah mula diucapkan oleh Nabi Adam a.s, Hawa & putera-puterinya walaupun aku masih mencari ayat dan dalil yang jelas bahawa Nabi Adam a.s telah mengucap 2 kalimah syahadah untuk menjadi penganut Islam.
Aku tak akan berhujah pasal adakah Nabi Adam a.s mengucap 2 kalimah syahadah sebaik sahaja mendapat kesedaran penuh atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah full consciousness atau full awareness kerana aku yakin ko ada jawapan untuk persoalan itu.
Ko boleh kata bahawa sememangnya ada bukti berlandaskan beberapa ayat dalam kitab suci Al-Quran & beberapa ayat hadis sahih yang membuktikan bahawa sememangnya Nabi Adam a.s telah mengucapkan 2 kalimah syahadah tetapi itu masih belum cukup kuat untuk menyatakan bahawa Islamnya Nabi Adam a.s itu sudah lengkap sempurna dan sekaligus membuktikan bahawa Islam juga merupakan agama rekaan semata-mata yang sebenarnya mendakwa bahawa Islam adalah agama pilihan tuhan… agama pilihan Allah s.w.t tetapi hakikatnya tidak. Aku akan jelaskan dalam hujahan aku yang berikutnya.
Sebelum aku pergi ke Rukun Islam yang kedua… aku nak beritahu ko bahawa kalimah Allah termasuk yang ada dalam kalimah syahadah itu sebenarnya bukan nama tuhan seperti mana contoh Hindu dengan Dewa Krishna mereka. Kalimah Allah bukan nama tuhan. Kalimah Allah adalah perkataan tuhan dalam Bahasa Arab. Kalimah Allah ialah terjemahan Bahasa Arab untuk tuhan, god, bhagvan dan sebagainya dalam terjemahan bahasa masing-masing yang digunakan oleh manusia di atas muka bumi ini.
Jika ko melihat masyarakat Arab beragama Nasrani misalnya… Ko akan mendapati bahawa mereka menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada perkataan tuhan selain perkataan rabb. Mereka… Arab Nasrani menggunakan kalimah Allah dalam doa mereka… di gereja dan bahkan Alkitab atau Bible Gospel Bahasa Arab pun ada kalimah Allah. Jadi… tidak timbul isu bahawa penganut selain agama Islam dilarang menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka yang bukan Islam.
Apabila aku menyatakan bahawa Islam hanya wujud di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan apabila ternyata perkara itu benar… bagaimana kita boleh membuktikan bahawa sememangnya Islam adalah agama pilihan tuhan… pilihan Allah? Jika nak katakan bahawa dalam kitab suci Al-Quran ada menyatakan bahawa Islam adalah agama pilihan tuhan… apa pula buktinya bahawa ayat-ayat yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran merupakan ayat-ayat tuhan… ayat-ayat Allah s.w.t?
Mengambil kira pandangan bahawa Islam hanya wujud di zaman Nabi Muhammad ketika baginda dipilih Allah s.w.t untuk menjadi nabi serta rasulNya dan orang Islam berkata bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam… adakah ini bermakna bahawa ayahanda baginda rasulullah harus menukar namanya yang bernama “Abdullah” yang bermaksud hamba tuhan kepada nama lain?
Sekarang… kita pergi ke Rukun Islam yang kedua… mengerjakan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Ini merupakan tiang agama seperti mana yang didakwa dalam Islam. Ini antara perkara yang pada pandangan aku menimbulkan keraguan tentang kebenaran agama Islam di sisi tuhan… di sisi Allah s.w.t …
Kenapa aku cakap begitu? Aku akan huraikan…
Dalam Islam… mengerjakan solat fardhu 5 waktu itu sudah sememangnya wajib dan ia merupakan tiang agama. Kesemua solat fardhu 5 waktu itu wajib dilaksanakan tanpa tinggal 1 waktu pun. Jika mengikut sejarah solat fardhu 5 waktu ini… setiap waktu solat fardhu ini ada sejarahnya yang tersendiri…
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s .
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s .
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus a.s .
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s .
& manusia pertama yang mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s .
Kalau ko tanya aku… aku sememangnya tak berapa ingat susunan rasul yang aku sebutkan tadi melainkan aku hanya ingat yang pertama ialah Nabi Adam a.s dan yang paling terakhir dalam susunan yang disebutkan tadi ialah Nabi Isa a.s … akan tetapi… jelaslah bahawa apa yang kita nampak ialah Nabi Adam a.s hanya mengerjakan Solat Subuh sahaja.
Aku tak mahu mempersoalkan kenapa Nabi Adam a.s mengerjakan Solat Subuh sahaja tetapi apa yang aku nak persoalkan ialah kenapa tuhan hanya perintahkan Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yunus a.s, Nabi Musa a.s dan sekalian manusia sebelum zaman kenabian serta kerasulan Nabi Isa a.s untuk mengerjakan solat fardhu tapi tak lengkap pun apa yang umat Islam panggil sebagai ‘5 Waktu’ sedangkan umat Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan untuk lengkapkan solat fardhu 5 waktu ini? Bukankah tuhan itu maha adil… jika maha adil… bukankah sepatutnya dari zaman Nabi Adam a.s lagi… tuhan… Allah s.w.t telah perintahkan bahawa bermula dari Nabi Adam a.s diwajibkan mengerjakan solat fardhu 5 waktu? Tidakkah ini akan menimbulkan persoalan bagi segelintir manusia bahawa Nabi Adam a.s kerjakan Solat Fardhu Subuh sahaja sudah boleh masuk syurga… jika mereka iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w memilih hanya untuk mengerjakan hanya satu waktu solat sahaja… mereka mungkin atau pasti ke neraka kerana sengaja tidak melengkapkan solat fardhu 5 waktu.
Aku tahu bahawa zaman rasulullah s.a.w dahulu… Allah s.w.t telah perintahkan baginda rasulullah s.a.w untuk mengerjakan solat fardhu 50 waktu sehari semalam tapi Allah s.w.t telah mengurangkan jumlah waktu kepada solat fardhu 5 waktu sahaja untuk umat Nabi Muhammad s.a.w tapi bukankah sifat maha mengetahui tuhan itu tiada permulaan yang mana maha mengetahui tuhan tiada had awalnya berbanding sebelum penciptaan alam semesta dan tiada pengakhiran walaupun sudah berada di alam akhirat?
Sifat maha mengetahui tuhan ini seharusnya menyebabkan solat fardhu 5 waktu yang lengkap sudah bermula dari zaman Nabi Adam a.s dan sekiranya tuhan sudah mengetahui bahawa akhirnya solat fardhu akan dikerjakan sebanyak 5 waktu… kenapa perlu berbicara tentang solat fardhu 50 waktu?
Antara Rukun Solat ialah membaca surah Al-Fatihah… surah Al-Fatihah hanya terdapat dalam kitab suci Al-Quran yang turun pada zaman Nabi Muhammad s.a.w … tanpa Rukun Solat yang lengkap… solat itu menjadi tidak menjadi lengkap sempurna dan sengajanya meninggalkan Rukun Solat boleh menyebabkan solat fardhu yang kita kerjakan tidak sah… jika solat fardhu kita tidak sah… bukankah beerti sama seperti kita tidak mengerjakan solat fardhu? Jika ini diambil kira… bukankah sepatutnya Nabi Adam a.s sehinggalah ke Nabi Isa a.s … mereka-mereka ini akan ke neraka kerana tidak solat?
Jangan ko lupa bahawa asalnya kitab-kitab Allah s.w.t sebelum turunnya kitab suci Al-Quran bukan dalam Bahasa Arab. Jika ko katakan ada surah Al-Fatihah dalam kitab Taurat, Zabur & Injil yang aku sebenarnya sangat yakin tiada… bukankah surah itu bukan dalam Bahasa Arab menikut hukum tajwid yang sepatutnya? Bukankah setiap bacaan ayat dalam solat kita tidak boleh selain daripada Bahasa Arab mengikut hukum tajwid yang betul?
Apakah pendirian tuhan berubah-ubah tanpa ada ketetapan yang seragam sama seperti pendirian manusia dalam membuat keputusan? Jika tuhan berpendirian bahawa solat fardhu yang sah dan diterima ialah solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh umat Nabi Muhammad s.a.w … bukankah ini akan menjadikan Nabi Adam a.s sehingga ke Nabi Isa a.s … akhirnya akan tercampak ke dalam api neraka kerana mereka tidak solat? Selain daripada maha mengetahui… bukankah sifat tuhan juga seharusnya maha adil?
Rukun Islam yang ketiga… Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Yang ini aku tak perlu huraikan panjang lebar kerana sepatutnya ko menyedari bahawa bulan Ramadhan ialah bulan dalam kalendar Hijrah dan kalendar Hijrah hanya wujud pada zaman baginda rasulullah s.a.w … Jika ini diambil kira… beerti dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah ke Nabi Isa a.s … manusia termasuk nabi rasul tidak berpuasa mengikut ketetapan tuhan… ketetapan Allah s.w.t … sudahlah tidak solat dengan cara yang betul… malah tidak berpuasa juga dengan cara yang betul… sekali lagi… apakah manusia di zaman Nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman Nabi Isa a.s … kesemua manusia ini akan dicampakkan ke dalam api neraka?
Rukun Islam yang keempat… Membayar zakat ~ Zakat Harta & Zakat Fitrah. Aku rasa ko pun faham apa itu Zakat Fitrah sebab ko ada menghuraikan kepada aku di awal bicara kita bahawa Zakat Fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sehinggalah sebelum terbenamnya matahari 1 Syawal. Jadi… adakah manusia-manusia di zaman Nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman Nabi Isa a.s membayar zakat Fitrah? Jika mereka membayar… adakah sah bayaran Zakat Fitrah mereka kerana pada zaman mereka… kalendar Hijrah belum wujud lagi?
Rukun Islam yang kelima… Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu. Aku tahu bahawa sejarah permulaan mengerjakan Haji ini bermula di zaman Nabi Ibrahim a.s dan puteranya ~ Nabi Ismail a.s … tetapi tak ada gunanya bercerita sejarah permulaan Haji jika tuhan sudah menetapkan bahawa tempoh mengerjakan haji ialah 8 hingga 12 Zulhijjah… kalendar Hijrah. Sekali lagi… check mate… Nabi Adam a.s sehinggalah ke Nabi Isa a.s … tetap akan tercampak ke neraka kerana lebih daripada separuh atau hampir semua Rukun Islam tidak dilaksanakan dengan baik.
Jika logik ini diambil kira… tidak akan ada seorang pun manusia dari umat selain umat Nabi Muhammad s.a.w yang akan berada di syurga Allah kerana umat Islam berpendirian bahawa antara salah satu syarat untuk masuk ke syurga Allah s.w.t ialah mereka orang Islam. Jika Rukun Islam pun gagal dicapai dengan baik… apakah Nabi Adam a.s sehinggalah ke Nabi Isa a.s termasuk manusia di zaman itu… mempunyai sekurang-kurangnya seorang penganut Islam?
Jika tak ada seorang pun penganut agama Islam di zaman Nabi Adam a.s sehinggalah ke zaman Nabi Isa a.s … adakah ini bermakna hanya segelintir manusia di zaman Nabi Muhammad s.a.w akan berada di syurga? Bukankah tuhan itu maha adil… maha mengetahui… maha bijaksana… & seperkara lagi yang aku nak tambah ialah maha mengasihani?” Ah Hong menghuraikan panjang lebar kepada Din.
“Cukup!” Din membentak…
“Aku belum masuk lagi perihal Rukun Iman…” Ah Hong membalas.
“Ko belajar agama Islam hanya semata-mata nak cari kelemahan bagi melemahkan iman umat Islam. Jika inilah niat sebenar ko… adalah lebih baik… ko jangan ikuti kelas pembelajaran Islam dan fardhu ain… maaf aku terpaksa cakap kasar bahawa ko seharusnya berambus daripada mengikuti kelas pembelajaran Islam dan fardhu ain… jika itu adalah niat sebenar ko… ko tak layak berada bersama orang Islam ke jalan Allah s.w.t menuju ke syurga.” Din memarahi Ah Hong.
Ah Hong hanya tersenyum… masih belum dapat dipastikan senyuman Ah Hong tidak berniat apa-apa atau ia senyuman sinis.
“Ko marah aku sebab ko tak ada jawapan… jika ko ada jawapan… ko dah tersenyum tenang dan menjawab kembali setiap huraian aku sebentar tadi…” Ah Hong membalas.
“Siapa kata aku tak ada jawapan? Aku ada cakap bahawa Nabi Adam a.s ialah nabi rasul pertama yang Allah s.w.t utuskan di muka bumi dunia ini dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi rasul terakhir… penghulu segala nabi rasul… Nabi Adam a.s menjadi wadah permulaan agama Islam dan Nabi Muhammad s.a.w menjadi pembaik pulih sistem agama dan menjadi pelengkap kepada ajaran agama Islam. Tidak timbul bahawa agama Islam hanya benar-benar wujud di zaman baginda rasulullah s.a.w seperti yang ko dakwa sebentar tadi… PUAS HATI DENGAN JAWAPAN AKU?” Din sedaya menjawab ketika emosinya tidak seimbang.
“Pembaik pulih sistem agama? Ko sedar tak dengan berkata begitu… ko sebenarnya telah mencabar sifat maha mengetahui tuhan?” Ah Hong membalas.
“Sudahlah… buang masa aku bercakap dengan orang degil macam ko ni… tak apa… esok lusa… bila ko mati… kita tengok siapa betul…” Din sudah letih melayan bicara Ah Hong.
Sekali lagi… Ah Hong tersenyum…
“Semua agama ada ramai penganut yang cakap seperti apa yang ko cakap… tunggu mati untuk tahu siapa yang betul. Alangkah bagusnya jika tuhan seragamkan semuanya di peringkat awal agar tiada kekeliruan dan tiada pergaduhan sesama manusia hanya kerana masing-masing cuba nak membuktikan agama apa dan siapa yang betul. Tuhan maha satu… tuhan maha mengetahui… tuhan maha bijaksana… tuhan maha adil… tuhan maha mengasihani… tuhan maha mulia… tuhan maha sempurna…” Ah Hong membalas dan kemudiannya Din segera angkat kaki kerana beliau tidak mahu iman dan akidahnya lemah mendengar segala macam bicara Ah Hong.
Ada banyak lagi yang Ah Hong mahu bicarakan tapi ia tergantung begitu sahaja sebelum sempat ia dihabiskan...
TAMAT
#iFaizi #iFaiziZone
Donation/Derma
Are you satisfy & happy with the contents in this blog? We are glad that you are satisfy and happy with the contents in this blog. We appreciate for every donation that you give it to us. To donate... You can simply click the donation button below. Once again... Thank you for your donation.
Anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini? Kami gembira yang anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini. Kami menghargai setiap derma yang anda hulurkan kepada kami. Untuk menderma... Anda boleh klik butang derma (donate) di bawah ini. Sekali lagi... Terima kasih atas derma anda.
Anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini? Kami gembira yang anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini. Kami menghargai setiap derma yang anda hulurkan kepada kami. Untuk menderma... Anda boleh klik butang derma (donate) di bawah ini. Sekali lagi... Terima kasih atas derma anda.
Followers
Pages
Pesan Penaja
Total Pageviews
Translate
Categories
- Anime Manga (2)
- Bahasa Melayu (36)
- Batu Pahat (2)
- Beijing 2011 (18)
- Cerpen (2)
- Certot (2)
- Chillaxlah (4)
- English (16)
- Faizi Menaip (13)
- Gokil (2)
- Greeting (1)
- Johor Darul Takzim (4)
- Karya (5)
- Malaysia (6)
- Movie (2)
- Percutian (10)
- Salam Perkenalan (1)
- Santai Kedai Kopi (3)
- Santai Pagi (1)
- Tentang Kami About Us (2)
- Vacation (10)
Popular Posts
-
Bani Pribumi Melayu asalnya bukanlah sebuah bangsa yang wujudnya bangsa ini terus beragama Islam. Bani Pribumi Melayu sebelum beragama Isl...
-
Last weekend, I brought my 3 siblings to watch movie at BigCinemas BP Mall (Batu Pahat, Johor Darul Takzim, MALAYSIA). We watch the lates...
-
Hai kepada semua yang sedang membaca blog aku ini... pos aku kali ini... aku nak bercerita tentang asal-usul perkataan sakti dan hampir ke...
-
30/01/2011, Sunday….. 1st Day, Ni Hao Zhong Guo! The noisy bus diesel engine make me awake from my sweet sleep, As promised, the bus ...
-
Sepanjang kehidupan aku sampai pada ketika ini... banyak perkara yang aku lalui dan hadapi di persekitaran aku... ramai jenis orang yang te...
-
Pencipta Crayon Shin Chan, Yoshito Usui yang telah pergi buat selama-lamanya pada 11 September 2009. Dilahirkan pada 21 April 1958 di dae...
-
Di waktu petang di sebuah kafe di tengah kota metropolitan London… 3 orang pemuda dari Asia Selatan sedang menikmati minum petang. Kelihata...
-
06/02/2011, Sunday….. Johor Bahru, I’m home! For this entry, there are not so mmany I can write here because the story that I want to t...
-
This blogpost is intended specially to readers of this blog who want to know about the simple mention of the country especially to non-Ma...
-
Baiklah, oleh kerana aku baru memulakan blog ini, maka adalah lebih baik aku mulakan dengan sesuatu yang mudah untuk aku taip di sini. ...
Facebook Page
iFaizi @Twitter
Labels
- Anime Manga (2)
- Bahasa Melayu (36)
- Batu Pahat (2)
- Beijing 2011 (18)
- Cerpen (2)
- Certot (2)
- Chillaxlah (4)
- English (16)
- Faizi Menaip (13)
- Gokil (2)
- Greeting (1)
- Johor Darul Takzim (4)
- Karya (5)
- Malaysia (6)
- Movie (2)
- Percutian (10)
- Salam Perkenalan (1)
- Santai Kedai Kopi (3)
- Santai Pagi (1)
- Tentang Kami About Us (2)
- Vacation (10)