Salam Takziah Kepada Warga Christchurch & Pasir Gudang

Friday, March 15, 2019
iFaizi
blogger
Sepanjang kehidupan aku sampai pada ketika ini... banyak perkara yang aku lalui dan hadapi di persekitaran aku... ramai jenis orang yang telah aku temui sama ada aku mengenali mereka secara rapat sehinggalah mereka orang asing yang ada antara mereka aku bercakap mungkin bebarapa saat atau beberapa minit sebelum kami membawa haluan masing-masing.

Ada penganut Islam yang pendekatannya sangat taksub dan ekstrim sehinggakan merasakan bahawa planet ini hanya wajar didiami oleh manusia sepenganut sahaja atas nama Allah & Muhammad.

Tapi bukan hanya sekadar Islam sahaja yang berfikiran begitu malah ada juga penganut daripada agama lain yang begitu obses, taksub & ekstrim dengan agama anutannya...

Atas nama “Jesus”, “Lord”, “God”, “Bhagvan”, “Dewa Krishna”, “Gautama Buddha”, “Yahweh”, “Elohim”, “Allah (versi penganut Nasrani... kebiasaannya Arab Nasrani)” dan bermacam lagi... ada antara mereka ini (selain Islam), gerak tubuh dan minda mereka lebih kurang sama seperti cara segelintir penganut Islam yang menggunakan “atas nama” tuhan masing-masing yang merasakan agama mereka sahaja betul dan yang lain adalah salah...

Ada antara mereka ini juga (selain penganut Islam) mempunyai konsep pendapat yang lebih kurang sama seperti segelintir penganut Islam yang taksub dan ekstrim yang berpendapat bahawa sesiapa yang berpenganut sama dengan mereka akan ke “svarga”, “heaven”, “jannah (versi Arab Nasrani)”, “tempat pembalasan baik bagi golongan yang baik” dan sama / hampir sama maksud dengannya...

Jika sebaliknya berlaku yang bahawa sesiapa yang berpenganut tidak sama dengan mereka... maka mereka itu akan ke “naraka (pembalasan tidak baik yang dipenuhi api yang konsepnya hampir sama seperti neraka Islam)”, “hell”, “al-jahim @ jahannam (versi Arab Nasrani)”, “tempat pembalasan jahat bagi golongan yang jahat/zalim” dan sama / hampir sama maksud dengannya...

Atas sebab itu... ada segelintir mereka ini atau mungkin jua ramai antara mereka ini tanpa mengira apa jua anutan mereka merasakan bahawa hanya yang sama anutan dengan mereka sahaja yang perlu kekal wujud atas muka bumi ini dan manakala yang lain... perlu dihantar ke “neraka”, “naraka”, “hell”, “al-jahim @ jahannam”, “tempat pembalasan jahat/zalim” dan sama waktu dengannya atas nama tuhan masing-masing.

Ada ketikanya aku bertanya pada diri sendiri... “Ya, tuhan! Kenapa kau uji aku dengan mempertemukan begitu banyak jenis orang? Kenapa kau hadapkan aku dengan persekitaran yang aku tak terjangka? Adakah kau sedang menguji keimanan aku atau kau sedang menunjukkan sesuatu pada aku?”

Mungkinkah aku bertuah kerana tuhan menunjukkan sesuatu yang akhirnya aku tahu dan faham tapi tidak pada orang lain?

Kenapa kita sebagai manusia tidak boleh meletakkan “asas kemanusiaan” jauh melebihi “agama”, “bangsa” dan “budaya”?

Salam takziah kepada warga Christchurch atas apa yang berlaku...

Salam takziah juga kepada warga Pasir Gudang atas bencana yang menimpa mereka.


#iFaizi #iFaiziZone
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...