Asal Usul Perkataan Syurga & Neraka.

Monday, January 14, 2019
iFaizi
blogger
Bani Pribumi Melayu asalnya bukanlah sebuah bangsa yang wujudnya bangsa ini terus beragama Islam. Bani Pribumi Melayu sebelum beragama Islam sebahagian besarnya adalah beragama Hindu & Buddha.

Perkataan Syurga (Heaven/Al-Jannah) & Neraka (Hell/Al-Jahim) adalah diambil daripada perkataan Sanskrit iaitu Svarga yang merujuk kepada perkataan Syurga... manakala perkataan Naraka pula merujuk kepada perkataan Neraka. Svarga & Naraka merupakan suatu bentuk pembalasan baik atau jahat kepada penganut Buddha & Hindu.

Berikut adalah url laman Wikipedia yang mengandungi artikel ringkas tentang Svarga & Naraka.




Apabila Bani Pribumi Melayu menjadi sebuah bangsa yang menganuti agama Islam... mereka masih mengekalkan perkataan syurga & neraka berbanding menyebut serta menulis perkataan Al-Jannah & Al-Jahim.

Walaupun semakin ramai Pribumi Melayu Islam mengguna istilah Jannah & Jahanam (Jahim)... tapi penggunaan perkataan syurga & neraka masih meluas serta mendominasi di kalangan masyarakat Pribumi Melayu Islam bagi menggambarkan hari pembalasan bagi umat Islam amnya.

Zaman sekarang... Bani Pribumi Melayu apabila disebut atau ditulis perkataan “Syurga & Neraka” itu... mereka merujuk kepada Al-Jannah & Al-Jahim mengikut konsep agama Islam. Sama ada mereka lupa atau memang mereka tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu... Bani Pribumi Melayu apabila mereka berbicara soal syurga & neraka... mereka bukannya maksudkan konsep syurga & neraka itu mengikut acuan agama Islam tapi lebih kepada konsep Svarga & Naraka dalam Sanskrit sama ada mengikut acuan agama Hindu atau agama Buddha.
Bercerita tentang perkataan Al-Jannah & Al-Jahim pula... perkataan ini cukup sinonim dalam agama Islam apabila berbicara tentang pembalasan di alam akhirat mengikut ajaran agama Islam.

Namun begitu... haruslah diingatkan bahawa dua perkataan ini iaitu Al-Jannah & Al-Jahim merupakan perkataan Bahasa Arab. Bukan semua Bangsa Arab adalah beragama Islam. Ramai juga Bangsa Arab beragama Nasrani & ada juga Bangsa Arab beragama Yahudi. Seperti mana kalimah “Allah” yang bermaksud tuhan digunakan oleh masyarakat Arab bukan beragama Islam terutama sekali Nasrani... perkataan Al-Jannah & Al-Jahim juga ada digunakan di dalam kitab Bible Gospel (Injil) berbahasa Arab dan juga di gereja Arab Nasrani.

Ini jelas menunjukkan bahawa banyak agama ada menyatakan sesuatu yang dipanggil hari pembalasan ketika seseorang itu sudah meninggal dunia tanpa mengira apa jua agama kepercayaan mereka. Bahkan jua... Pribumi Melayu sudah berbicara perihal syurga & neraka ketika mereka belum menjadi penganut agama Islam iaitu ketika mereka adalah penganut agama Hindu & agama Buddha.

  • TAMAT -


#ifaizi #ifaizizone
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...