Perihal Ringkas Johor Darul Takzim

Tuesday, January 1, 2008
iFaizi
blogger



Johor Darul Takzim, merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri yang ada di persekutuan negara MALAYSIA ini. Sebuah negeri kelahiranku dan kampung negeri aku yang sebenar. Berkeluasan 19,984 km² dan populasi penduduk 2,750,000 orang (Menurut sumber Wikipedia tahun 2009), Johor Darul Takzim merupakan salah sebuah negeri yang termaju di MALAYSIA.

Negeri-negeri jiran kepada negeri Johor Darul Takzim ialah Melaka, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Pahang Darul Makmur. Manakala negara jiran kepada negeri Johor Darul Takzim ialah Republik Singapura dan Republik Indonesia.



Negeri Johor Darul Takzim mempunyai sepuluh daerah iaitu Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Muar, Segamat, Kulaijaya, Kota Tinggi, Pontian, Mersing & Ledang. Negeri Johor Darul Takzim juga dibahagikan kepada 17 pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu :-

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Daerah Johor Bahru.
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Daerah Johor Bahru.
Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Daerah Johor Bahru.
Perbadanan Nusajaya, Daerah Johor Bahru.
Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) Daerah Batu Pahat.
Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) Daerah Batu Pahat.
Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Daerah Kluang.
Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) Daerah Kluang.
Majlis Perbandaran Muar (MPM) Daerah Muar.
Majlis Perbandaran Segamat (MPS) Daerah Segamat.
Majlis Daerah Labis (MDL) Daerah Segamat.
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) Daerah Kulaijaya.
Majlis Perbandaran Kota Tinggi (MPKT) Daerah Kota Tinggi.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Daerah Kota Tinggi.
Majlis Perbandaran Pontian (MPP) Daerah Pontian.
Majlis Daerah Mersing (MDMg) Daerah Mersing.
Majlis Daerah Tangkak (MDT) Daerah Ledang.

Ibu negeri Johor Darul Takzim ialah Johor Bahru. Berdasarkan sumber Wikipedia tahun 2009, Johor Bahru merupakan bandar ke-2 terbesar, berkepadatan penduduk tinggi dan termaju di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Pihak pemerintah melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sedang dalam menaiktarafkan bandaraya Johor Bahru untuk menjadi sebuah kota kosmopolitan bertaraf dunia di dalam pakej projek Iskandar Malaysia. Iskandar Malaysia merupakan pantulan imej kepada Lembah Klang di selatan tanah air. Kawasan Iskandar Malaysia merangkumi daerah Johor Bahru, daerah Kulaijaya, sebahagian daerah Kluang (Di sebelah selatan daerah Kluang), sebahagian daerah Kota Tinggi (Di sebelah barat daerah Kota Tinggi) dan sebahagian daerah Pontian (Di sebelah tenggara daerah Pontian).

Di dalam projek Iskandar Malaysia juga, pusat pentadbiran baru telah dibina di Nusajaya. Nusajaya merupakan kota bestari dan juga pantulan imej kepada Putrajaya di negeri ini.
Setakat ini sahaja info yang boleh saya berikan tentang negeri Johor Darul Takzim. Sekiranya ada lagi info mengenai Johor Darul Takzim, saya akan menulisnya lagi di blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca. B-)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...