Asal Usul Perkataan Sakti & Hampir Kebersamaan Maksud Dengan Mukjizat.

Monday, January 21, 2019

Hai kepada semua yang sedang membaca blog aku ini... pos aku kali ini... aku nak bercerita tentang asal-usul perkataan sakti dan hampir kebersamaan maksud dengan mukjizat dari sudut perspektif aku.

Pada pos blog yang terdahulu... aku ada menyiarkan tentang asal-usul perkataan syurga & neraka yang mana perkataan itu asalnya daripada perkataan sanskrit iaitu Svarga & Naraka. Anda semua boleh membaca posting tersebut di url di bawah ini...


Baiklah... kita teruskan dengan penulisan blog kali ini dengan asal-usul perkataan sakti. Perkataan sakti juga berasal daripada perkataan sanskrit iaitu Shakti. Artikel ringkas tentang Shakti boleh dibacah di pautan url di bawah ini...


Baiklah... secara ringkasnya... sakti ini lebih kurang bermaksud kuasa luar biasa atau keajaiban yang dimiliki oleh beberapa dewa / tuhan / orang tertentu dalam sesuatu agama. Begitu juga halnya yang membawa pengertian yang sama untuk perkataan “Shakti”.

“Shakti” merupakan sesuatu elemen yang membuatkan penganut sesuatu agama mempercayai & berpegang teguh kepada agama mereka terutama sekali agama Hindu.

Apabila bercakap tentang kuasa luar biasa & keajaiban yang menjadi salah satu elemen penting dalam mendapatkan kepercayaan & taat setia penganut terhadap agama mereka... ada satu lagi perkataan yang berkongsi pengertian & sifat yang hampir sama dengan perkataan “Shakti”... perkataan itu ialah “Mukjizat”.

Perkataan “Mukjizat” adalah perkataan yang diambil dari Bahasa Arab yang membawa maksud keajaiaban / miracles. Pengertian perkataan “Mukjizat” menurut Bangsa Arab & penganut agama Abraham (Islam & Nasrani) ialah suatu kuasa atau keajaiban luar biasa yang dianugerahkan oleh tuhan kepada semua nabi (prophet) & rasul (messenger) yang tujuan utamanya ialah untuk menyakinkan penganut agama mereka tentang kebenaran agama dan keesaan tuhan agama mereka.

Di zaman moden ini... terdapat sesuatu perkara yang kelihatan seperti “Shakti” & “Mukjizat”... perkara itu dipanggil “Silap Mata”. Bagi mereka yang tidak tahu... mereka akan beranggapan bahawa ahli silap mata menggunakan sihir dalam setiap persembahan silap mata mereka kepada sesiapa yang menontonnya.

Bagi yang sudah sedia maklum pula... mereka tahu bahawa setiap persembahan silap mata itu ada helahnya (trick) dan boleh dihuraikan / dijelaskan dari sudut sains dan teknikal bagi mengelakkan berlakunya salah faham.

Kebiasaannya... persembahan silap mata adalah bertujuan untuk menghiburkan orang yang melihat persembahan itu.

Akan tetapi... ada segelintir atau mungkin jua ramai pihak menyalahgunakan ilmu silap mata mereka bagi menindas masyarakat yang kurang berpengetahuan dengan mengaut keuntungan & manfaat daripada masyarakat yang lemah ilmu pengetahuan mereka.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga memanfaatkan kebolehan mereka dalam persembahan silap mata untuk merekrut seberapa ramai pengikut tanpa mengira apa jua fahaman kepercayaan agama mereka.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini juga mendakwa diri mereka memiliki “Shakti”, “Mukjizat”, “Miracle” & apa jua perkataan yang hampir atau sama maksud dengannya.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini mendakwa mereka mempunyai kuasa yang sama seperti pendeta / nabi / prophecy / rasul / messenger terdahulu. Bagi sesetengah agama pula... pihak tidak bertanggungjawab ini tanpa segan silu mendakwa mereka adalah dewa / tuhan yang baru atas muka bumi ini dengan hanya menunjukkan beberapa helah silap mata yang sedikit rumit untuk dijelaskan kepada penonton yang mempunyai minda yang lemah.

Adakalanya mereka yang mempunyai minda yang lemah ini seringkali menjadi bahan penindasan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan ilmu helah silap mata bagi kepentingan diri mereka sendiri seperti contoh apabila menggunakan helah silap mata dalam kaedah rawatan alternatif bagi menyakini pesakit mereka yang pesakit sedang dirawat dan disembuhkan tapi hakikat sebenarnya tidak.

Si pertikai yang mempertikaikannya akan dihentam teruk oleh pengikut pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Perkara ini berlaku terhadap semua agama dan seolahnya sudah membarah dalam kehidupan manusia.

Seolahnya... sehingga ke hari ini... masih terdapat manusia yang dianugerahi kuasa “Shakti”, “Mukjizat”, “Miracle” atau apa jua perkataan yang hampir atau sama maksud dengannya bagi membuatkan manusia lain kagum, tertarik, “impress” dan bahkan jua menjadi pengikut pihak tidak bertanggungjawab ini.

Adakah perkara ini tidak akan pernah berakhir selamanya?


#ifaizi #ifaizizone

Asal Usul Perkataan Syurga & Neraka.

Monday, January 14, 2019
Bani Pribumi Melayu asalnya bukanlah sebuah bangsa yang wujudnya bangsa ini terus beragama Islam. Bani Pribumi Melayu sebelum beragama Islam sebahagian besarnya adalah beragama Hindu & Buddha.

Perkataan Syurga (Heaven/Al-Jannah) & Neraka (Hell/Al-Jahim) adalah diambil daripada perkataan Sanskrit iaitu Svarga yang merujuk kepada perkataan Syurga... manakala perkataan Naraka pula merujuk kepada perkataan Neraka. Svarga & Naraka merupakan suatu bentuk pembalasan baik atau jahat kepada penganut Buddha & Hindu.

Berikut adalah url laman Wikipedia yang mengandungi artikel ringkas tentang Svarga & Naraka.




Apabila Bani Pribumi Melayu menjadi sebuah bangsa yang menganuti agama Islam... mereka masih mengekalkan perkataan syurga & neraka berbanding menyebut serta menulis perkataan Al-Jannah & Al-Jahim.

Walaupun semakin ramai Pribumi Melayu Islam mengguna istilah Jannah & Jahanam (Jahim)... tapi penggunaan perkataan syurga & neraka masih meluas serta mendominasi di kalangan masyarakat Pribumi Melayu Islam bagi menggambarkan hari pembalasan bagi umat Islam amnya.

Zaman sekarang... Bani Pribumi Melayu apabila disebut atau ditulis perkataan “Syurga & Neraka” itu... mereka merujuk kepada Al-Jannah & Al-Jahim mengikut konsep agama Islam. Sama ada mereka lupa atau memang mereka tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu... Bani Pribumi Melayu apabila mereka berbicara soal syurga & neraka... mereka bukannya maksudkan konsep syurga & neraka itu mengikut acuan agama Islam tapi lebih kepada konsep Svarga & Naraka dalam Sanskrit sama ada mengikut acuan agama Hindu atau agama Buddha.
Bercerita tentang perkataan Al-Jannah & Al-Jahim pula... perkataan ini cukup sinonim dalam agama Islam apabila berbicara tentang pembalasan di alam akhirat mengikut ajaran agama Islam.

Namun begitu... haruslah diingatkan bahawa dua perkataan ini iaitu Al-Jannah & Al-Jahim merupakan perkataan Bahasa Arab. Bukan semua Bangsa Arab adalah beragama Islam. Ramai juga Bangsa Arab beragama Nasrani & ada juga Bangsa Arab beragama Yahudi. Seperti mana kalimah “Allah” yang bermaksud tuhan digunakan oleh masyarakat Arab bukan beragama Islam terutama sekali Nasrani... perkataan Al-Jannah & Al-Jahim juga ada digunakan di dalam kitab Bible Gospel (Injil) berbahasa Arab dan juga di gereja Arab Nasrani.

Ini jelas menunjukkan bahawa banyak agama ada menyatakan sesuatu yang dipanggil hari pembalasan ketika seseorang itu sudah meninggal dunia tanpa mengira apa jua agama kepercayaan mereka. Bahkan jua... Pribumi Melayu sudah berbicara perihal syurga & neraka ketika mereka belum menjadi penganut agama Islam iaitu ketika mereka adalah penganut agama Hindu & agama Buddha.

  • TAMAT -


#ifaizi #ifaizizone

Gossip & Bani Pribumi Melayu.

Monday, January 7, 2019
“Kau tahu tak... si mati semasa hidupnya banyak makan rasuah... kemewahannya pun hasil daripada rasuah... tak tahulah bumi terima dia atau tak!” Maka bergossiplah Ros... eh, silap... Haji Rosman Talib.

Begitu sakitnya hati kita orang Melayu terhadap orang yang kita benci sehinggakan orang yang kita benci itu sudah meninggal dunia pun... kita masih tak boleh bersifat pemaaf dan menutup keaiban orang walaupun ramai orang sudah tahu tanpa perlu kita memberitahu.

Kita ni seolah-olah nak sangat si mati itu dimalukan dengan pelbagai insiden yang tak diingini.

Bagaimana sekiranya tuhan mengkehendaki pengebumian seseorang jenazah yang masa hidupnya kita rasakan si jenazah ini telah melakukan banyak dosa besar seperti minum arak, melacur, berjudi, rasuah, pondan, lesbian, lgbt, atheism, deism dan pelbagai lagi tapi pengebumian si jenazah itu tetap berjalan sangat lancar malah mewangi?

Bagaimana pula sekiranya tuhan mengkehendaki pengebumian seseorang jenazah itu yang masa hidupnya... kita rasakan si jenazah itu tersangatlah mulia tetapi ada sesuatu yang hanya tuhan dan si jenazah itu sahaja yang tahu tetapi orang lain tidak tahu... disebabkan perkara itu... tuhan memperlahankan kelancaran pengurusan jenazah itu seperti contoh terdapat sedikit sahaja van jenazah yang dapat berfungsi pada hari pengebumian tersebut dan kebetulan pula ramai pula yang meninggal pada hari tersebut dan giliran untuk membawa jenazah itu dari hospital ke rumah, masjid surau & tapak pengebumian berjalan lebih perlahan berbanding kebiasaan.

Adakah kita akan mempertikaikan kehendak tuhan walaupun ia kelihatan tidak adil?

Atau pun kita merasa puas dapat memalukan orang yang kita benci walaupun sesuatu insiden yang berlaku itu merupakan satu salah faham dan masih boleh dijelaskan dengan sesuatu yang munasabah?

Hakikatnya ialah... aku telah perhatikan banyak pengebumian jenazah berjalan sangat lancar walaupun si jenazah ada kisah hidupnya yang tersendiri serta tak begitu enak di dengar tapi mulut si kononnya alim agama begitu lan... lancang...

Yang tak boleh blah ialah apabila ada suara soseh-soseh di tanah kubur kata seperti ini “Pelik juga aku... dulu arwah ni banyak buat dosa besar... tapi sangat lancar pula urusan pengebumiannya!”

Hmmm... memang nak sangat ke episod Tanah Kubur terjadi kepada arwah yang kita benci walaupun tak dinafikan bahawa arwah masa hidupnya memang ada buat dosa besar pada pandangan mata masyarakat kita sehinggakan tanpa sedar... kita dah mencabar kehendak tuhan?

Hidup dalam beragama ini... siapa sebenarnya yang menilai? Tuhan atau manusia?

  • TAMAT -


#ifaizi #ifaizizone

Islamofobia...

Mat baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak di rumah.

Din pula sedang menonton TV di ruang tamu sesudah selesai solat Maghrib tetapi belum menunaikan solat Isyak.

Din sedang menonton rakaman PVR rancangan keislaman di kaca TV. Rancangan tersebut mengupas isu tentang “Islamofobia” di benua Eropah.

Ketika iklan sedang disiarkan di kaca TV... Din sempat melihat media sosial di telefon pintarnya.

Mat & Din... mereka berdua adalah sahabat yang tinggal serumah.

Sesudah selesai menunaikan solat Isyak... Mat keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu. Mat melihat Din yang sedang melayari media sosial di telefon pintar milik Din.

“Kau dah solat Isyak, Din?” Mat bertanya kepada Din.

“Nanti sebelum tidur... aku solatlah.” Din menjawab ringkas.

Mat duduk di sofa untuk menonton rancangan TV.

Iklan masih bersiaran di kaca TV dan Mat tetap menontonnya.

“Kalau kau nak langkau iklan... kau lajukan saja... ini rakaman. Aku saja tak langkau iklan sebab nak sambil melayari media sosial.” Din beritahu Mat.

“Rancangan apa ni?” Mat bertanya kepada Din.

“Rancangan tentang Islamofobia di benua Eropah.” Din menjawab ringkas.

Belum pun sempat Mat nak mencapai alat kawalan jauh Astro untuk melangkau iklan... Din merungut seorang diri.

“Celaka punya Atheist & Ex Muslim!” Din marah tapi nada suara tidak tinggi.

“Kenapa?” Mat bertanya kepada Din.

“Ini haaa... laman Atheist & Ex Muslim di Facebook... mereka mempersoalkan tentang agama & ketuhanan terutama sekali tentang Islam! Memang celaka mereka ni...” Din menjawab pertanyaan Mat.

“Sekejap... kau follow laman Atheist & Ex Muslim di Facebook?” Mat bertanya kepada Din.

“Ya!” Din jawab ringkas.

“Untuk apa?” Mat bertanya lagi.

“Supaya aku boleh memantau apa agenda mereka dalam menyesatkan umat Islam!” Din menjawab pertanyaan Mat.

“Agenda menyesatkan umat Islam? Bagaimana mereka lakukan?” Mat tenang bertanya lagi untuk tahu lebih lanjut.

“Mereka menimbulkan keraguan di hati penganut agama terutama Islam dengan bertanya beberapa soalan dan disamping itu juga mereka menerangkan sebab di sebalik soalan yang mereka ajukan.” Din menerangkan kepada Mat.

“Apa antara soalan yang mereka tanya?” Mat bertanya kepada Din.

“Antara soalannya ialah bagaimana orang Islam boleh membuktikan bahawa segala ayat yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran merupakan ayat yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril untuk disampaikan kepada sekalian manusia?” Din bicara kepada Mat.

“Terus? Apa antara sebab mereka bertanya soalan sebegitu?” Mat ingin tahu lebih lanjut.

“Mereka memberitahu antara sebab mereka bertanya soalan sebegitu ialah jika ada seseorang di zaman moden ini yang mendakwa orang itu adalah utusan Allah yang sebenar-benarnya yang terakhir dan membawa satu buku yang ditulis oleh orang itu sendiri yang mana buku itu ditulis dengan menyalin isi kandungan kitab suci Al - Quran, Injil, Taurat & Zabur dan melakukan sedikit pengubahsuaian serta penambahan yang cuba diselarikan dengan persekitaran semasa... adakah kita akan percaya dengan orang tersebut?” Din menjelaskan panjang lebar yang disudahi dengan pertanyaan.

“Sudah tentulah orang itu pembohong, menyebarkan ajaran sesat atau mungkin juga gila atau ada penyakit mental yang dalam Bahasa Inggeris dipanggil mental illness.” Mat menjawab.

“Itulah penjelasan yang disambung oleh kelompok Atheist & Ex Muslim. Mereka menjelaskan jika ada seseorang di zaman moden ini mendakwa dirinya adalah utusan Allah yang sebenar-benarnya terakhir dan juga mendakwa buku atau kitab yang ditulisnya dan dipegangnya adalah ayat tambahan daripada Allah... bukankah kita akan kata orang itu sebagai pembohong, menyebarkan ajaran sesat atau gila?” Din menjelaskan.

“Terus?” Mat ingin tahu lebih lagi.

“Kelompok Atheist dan Ex Muslim ni tambahnya lagi... Jika orang itu mendakwa dirinya adalah utusan yang sebenar-benar terakhir dan buku yang dipegangnya dikatakan sebagai ayat daripada Allah... bukankah bebanan untuk membuktikannya terletak di bahu yang mendakwa?” Din meneruskan penjelasan yang disudahi dengan pertanyaan.

“Lagi?” Mat yakin cerita belum habis lagi.

“Oleh kerana itu jualah... kelompok Atheist dan Ex Muslim ini mendakwa bahawa orang Islam harus membuktikan bahawa segala ayat daripada Al - Quran sememangnya datang daripada Allah dan bukannya sekadar memetik ayat daripada kitab suci itu semata-mata nak tunjukkan kebenaran agama Islam.” Din menyambung bicara kepada Mat.

“Kurang ajar betul mereka ni kan?” Mat bicara ringkas.

“Kan?!” Din mengiyakan.

“Apa lagi yang kelompok Atheist & Ex Muslim ni kata di laman Facebook mereka?” Mat ingin tahu lebih lagi tentang kebiadapan kelompok Atheist & Ex Muslim terhadap Islam.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim mendakwa semakin banyak mereka mendalami kitab suci Al - Quran... semakin jauh mereka daripada Islam...” Din meneruskan bicara.

“Nampak sangat mereka ini pembohong! Bagaimana mereka boleh semakin jauh daripada Islam apabila mereka mendalami ayat-ayat dalam kitab suci Al - Quran?” Mat tak puas hati.

“Kan?!” Din sekali lagi mengiyakan.

“Menurut kelompok Atheist & Ex Muslim... bukankah penganut agama terutama sekali penganut Islam percaya sesungguhnya tuhan itu maha berkuasa dan maha mengetahui... maha mengetahuinya tuhan itu bersifat tiada batasan atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil infinity... bermakna jualah bahawa maha mengetahui tuhan itu tiada pemula dan tiada pengakhiran... tiada pemula bahkan lebih awal daripada sebelum alam semesta tercipta dan tiada pengakhiran bahkan sehingga akhirat.” Din menyambung bicara panjang lebar.

“Jadi?” Mat ingin tahu lebih lagi.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim mendakwa inilah antara kelemahan - kelemahan point kitab suci Al - Quran apabila tanpa sedar menunjukkan sifat tuhan itu setara lemah dengan manusia dan di sinilah jualah mereka mempersoalkan bagaimana orang Islam boleh mengatakan bahawa kitab suci Al - Quran itu sempurna dan relevan sepanjang zaman.” Din menyambung bicara panjang lebar.

“Berani & biadapnya mereka mengatakan tuhan lemah setara manusia. Apa hujah mereka mengatakan sebegitu?” Mat ingin tahu lagi.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim mendakwa bagaimana tuhan yang maha mengetahui lagi maha berkuasa seperti teragak-agak untuk menguatkuasakan undang-undang sehinggakan nak haramkan arak secara mutlak pun secara berperingkat. Adakah sifat tuhan itu seperti manusia untuk melaksanakan sesuatu pengharaman harus ~ Tunggu & Lihat? Jika ada yang kata bahawa manusia perlu melihat sebab kenapa sesuatu pengharaman itu wajar dilaksanakan sebelum ia benar2 dilaksanakan pengharamannya... adakah orang tak akan melihat sebab pengharaman tersebut setelah dilaksanakan pengharamannya? Itulah antara hujah kelompok ini...” Din menyambung bicara panjang lebar.

“Hmmm... makin melampau kelompok Atheist & Ex Muslim ni...” Mat meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Selain daripada mempertikaikan tuhan, agama dan kitab... mereka juga mempertikaikan ulamak kita!” Din menyambung bicara.

“Wah, dasyatnya mereka ni! Apa yang mereka pertikaikan sangat ulama ni? Ini yang buat aku geram sangat dengan kelompok ni!” Semakin meluap-luap api kemarahan Mat.

“Kelompok mereka ini menyatakan bahawa ulamak suka sangat buat hukum sendiri walaupun hukum itu tidak jelas di dalam kitab suci Al - Quran.” Din menyambung bicara.

“Apa benda hukum yang tidak jelas di dalam kitab suci Al - Quran sehinggakan mereka ini mempertikaikan ulamak?” Kemarahan Mat masih belum reda.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim menyatakan bahawa majoriti ulama Islam sepakat mengatakan rokok itu haram kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding manfaat tapi ramai atau mungkin jua boleh dikatakan majoriti lelaki Islam dewasa seluruh dunia menghisap rokok dan majoriti lelaki Islam dewasa mendakwa bahawa tiada dinyatakan dengan sangat jelas bahawa rokok itu haram di dalam kitab suci Al - Quran.” Din menyambung bicara dengan panjang lebar.

“Terus?” Mat minta Din meneruskan bicara.

“Menurut kelompok Atheist dan Ex Muslim... sejarah rokok tembakau bermula adalah selepas wafatnya Rasullah S.A.W... bukankah tuhan itu maha mengetahui daripada sebelum terciptanya alam semesta ini sehinggalah ke alam akhirat? Jika rokok itu sangat jelas haramnya... bukankah tuhan boleh sahaja berfirman Kun Fa Yakun yang bermaksud maka jadilah... dan dalam konteks ini tuhan boleh jadikan wujudnya apa yang kita panggil rokok tembakau di zaman Rasullah S.A.W agar berkemungkinan konteks yang sangat jelas pengharaman rokok boleh dimasukkan ke dalam kitab suci Al-Quran?” Din menyambung bicara dengan panjang lebar.

“Bukan main bersungguh mereka mengkaji kitab suci Al - Quran bagi menghina Islam!” Mat menyindir kelompok Atheist & Ex Muslim.

“Apa lagi penghinaan kelompok Atheist & Ex Muslim terhadap Islam?” Mat mahu tahu sejauh mana kebiadapan kelompok Atheist & Ex Muslim terhadap kesucian agama Islam.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim ini mendakwa jika penganut agama Islam & Nasrani boleh mempercayai keabadian tuhan atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil eternal god yang mana tuhan itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran... kenapa tidak mempercayai kepada keabadian alam semesta atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil eternal universe? Mereka kata... kenapa tidak boleh percaya kepada keabadian alam semesta yang tiada permulaan dan juga tiada pengakhiran?” Din menyambung bicara dengan panjang lebar.

“Aduh... sakit kepala aku dengan kelompok ni... apa lagi yang mereka kata di laman Facebook mereka sendiri?” Mat sakit hati tapi ingin tahu lagi...

“Kelompok Atheist & Ex Muslim ini kata... mereka pernah ditanya oleh muslim dan muslimah dan bahkan juga penganut Nasrani dengan  pertanyaan ~ bagaimana jika kelompok Atheist dan Ex Muslim ini salah dan golongan yang berpegang kepada Islam atau Nasrani adalah benar? Bukankah lebih selamat jika kita kekal dalam anutan Islam atau Nasrani just in case?” Din menyambung bicara.

“Hmmm... menarik pertanyaan tu... apa maklumbalas daripada kelompok ini?” Mat ingin tahu.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim ini menjawab... tiada istilah kita memilih untuk percaya apa yang kita percaya... kita percaya adalah kerana kita sememangnya percaya dan bukannya kita memilih untuk percaya kepada sesuatu yang kita percaya. Jika kita boleh memilih untuk percaya tentang sesuatu... kelompok Atheist dan Ex Muslim ini bagi contoh bolehkah kita memilih untuk percaya adanya makhluk asing atas kepala kita? Kita belum dapat melihat kewujudan makhluk asing dengan mata kasar kita atau berhadapan secara dekat tapi mereka kata... percayalah walaupun belum dibuktikan... adakah ia berkesan?” Din menyambung bicara dengan panjang lebar.

“Bagaimana jika kelompok mereka ini salah dan disebabkan kelompok mereka ini memilih haluan yang sebegitu... pengakhiran mereka adalah api neraka jahanam?” Mat bertanya.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim ada menyatakan bahawa mereka ada menerima soalan yang sebegitu...” Din menyambung bicara.

“Jadi... apa jawapan mereka?” Mat ingin tahu.

“Kelompok mereka ini menjawab... jika akhirnya mereka bertemu Allah, rabb, tuhan, god, lord, bhagvan atau apa jua perkataan manusia merujuk kepada apa yang didakwa sebagai si pencipta alam semesta... mereka akan bertanya ~ adakah kami akan dibakar di api neraka hanya kerana tidak mengikuti apa yang kami lihat sebagai satu perkara yang masih terdapat kelemahan sedangkan engkau adalah maha sempurna seharusnya, sewajarnya dan tiada kelemahan cacat cela walaupun sebesar zarah? Apakah engkau yang maha sempurna mahu kami mengikuti sesuatu yang dianggap kononnya suruhan daripada engkau secara membuta tuli tanpa asas pembuktian yang kukuh bahawa ini adalah sememangnya suruhan engkau?” Din meyambung bicara panjang lebar.

“Ada tak orang Islam bertanya kepada kelompok ini... apa akan jadi jika Allah tetap mengjerumuskan diri kelompok mereka ini ke dalam api neraka jahanam?” Mat ingin tahu.

“Kelompok Atheist & Ex Muslim ini kata mereka bukan sahaja menerima soalan sebegitu daripada orang Islam tapi bahkan jua daripada orang Nasrani.” Din menyambung bicara.

“Jadi, apa jawapan mereka?” Mat ingin tahu.

“Kelompok ini kata bahawa golongan yang berpegang kepada agama tanpa mengira apa jua agama yang dianuti iaitu orang seperti kita ni... aku, kau dan ramai lagi penganut agama lain... percaya bahawa sifat tuhan si pencipta ini maha sempurna... sifatNya maha mulia... apabila bercakap tentang maha mulia... sudah semestinya sifat kebaikan tuhan itu tersangat jauh melebihi manusia dan lain-lain spesis ciptaanNya.” Din menyambung bicara.

“Jadi?” Mat bertanya.

“Kelompok ini berkata jika masih terdapat manusia yang masih mengasihi ahli keluarga di penjara atau mengasihi manusia lain walaupun manusia itu jahat dan melukakan hati manusia lain... kenapa tuhan hendak lontarkan mereka ke api neraka jahanam hanya kerana mereka tidak mahu mengikut apa yang kononnya suruhan tuhan pencipta alam tapi pada masa yang sama terdapat kelemahan dalam suruhan itu?” Din menyambung bicara dengan panjang lebar.

“Fuh... dah terlalu jauh menyimpang ideologi mereka ini. Sangat melampaui batas!” Ujar Mat.

“Kan?! Sebab itu aku panggil mereka ini Atheist & Ex Muslim yang celaka!” Din meluahkan kemarahan.

“Jadi... nak buat apa sekarang ni?” Mat bertanya.

“Aku nak report laman Facebook mereka ini agar ditutup. Jangan biarkan mereka ini kelirukan orang Islam kita!” Din menjawab ringkas.

“Sekejap...” Mat menahan tangan Din.

“Kenapa?” Din bertanya.

“Kau tak rasa ke... apa yang kau buat ni lebih kurang sama saja dengan tindakan golongan Islamofobia... menyekat kemaraan tanpa menjelaskan?” Mat pula bertanya.

“Dah tu? Takkan nak biarkan mereka ini menyesatkan orang Islam kita?” Din pula bertanya.

“Kita jawablah segala macam pertanyaan dan hujah kelompok mereka. Kalau kita sekat kelompok mereka... bukankah ia sama seperti kita mengiyakan hujah kelompok mereka? Ia seperti seolah-olah kebenaran sudah memihak kepada kelompok mereka dan kerana itu... kita menyekat kelompok mereka sama seperti mana golongan Islamofobia menyekat pendakwah Islam.” Mat menjelaskan.

“Tapi aku tak tahu nak jawab soalan dan hujah mereka... kau tahu?” Din bertanya kepada Mat.

“Jika aku, kau dan ramai orang Islam tidak tahu untuk menjawab soalan dan hujah kelompok ini... bukannya bermakna tiada seorang pun orang Islam yang tidak tahu menjawabnya. Kita sering mengecam golongan Islamofobia tapi tanpa kita sedar... apalah beza diri kita dengan golongan Islamofobia?” Mat menjelaskan.

“Hmmm...” Din termenung sekejap...

“Dah... pergi solat Isyak! Jangan tangguh-tangguh.” Mat menyuruh Din segerakan solat Isyak.

  • TAMAT -


#ifaizi #ifaizizone

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...