02/02/ 2011, Rabu….. Hari Keempat Beijing–Tianjin Tours.

Friday, February 11, 2011



02/02/ 2011, Rabu….. Hari Keempat Beijing–Tianjin Tours.

Hari keempat di Beijing. Destinasi pertama kami untuk hari keempat adalah Yashow Clothing Market. Dalam perjalanan dari hotel ke sana, kami dapati banyak kedai – kedai di sekitaran ibu kota Beijing tutup. Ini adalah kerana ramai orang telah pulang ke kampung halaman masing – masing. Sepertimana Kuala Lumpur, kebanyakkan warga yang mendiami Beijing bukanlah anak jati Beijing tetapi adalah perantau dari seluruh pelosok China mencari rezeki di sini. Hari ini adalah hari pertama sambutan Tahun Baru Cina di seluruh pelosok dunia.

Kami tiba jua akhirnya ke sana. Yashow Clothing Market adalah sebuah pusat membeli – belah yang lebih menumpukan kepada industri tekstil. Kalau di Malaysia, tempat seperti ini ibarat Jakel, B-). Di sini, anda jangan terkejut kalau terdapat kedai yang menulis nama kedai mereka di dalam Bahasa Melayu seperti “Kedai Cadar/Langsir” malah pekerjanya juga boleh berbahasa Melayu dengan fasih (terasa seperti masih berada di Malaysia).

01/02/2011, Selasa….. Hari Ketiga Beijing–Tianjin Tours.




01/02/2011, Selasa….. Hari Ketiga Beijing–Tianjin Tours.

Hari ketiga di Beijing. Destinasi pertama kami untuk hari ketiga adalah Beijing Crystal Shop. Di sini segala barangan yang dijual adalah berasaskan barang – barang Kristal seperti cermin mata, cincin & bermacam lagi. Selesai membeli-belah di Beijing Crystal Shop, kami meneruskan perjalanan kami ke Tembok Besar China. Semasa dalam perjalanan kami dalam bas menuju Tembok Besar China, Maggia Ma memberi sedikit penerangan ringkas tentang sejarah Tembok Besar China. Maggie Ma juga turut menyatakan bahawa Mao Zedong pernah berkata “Anda bukan pahlawan sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar China !” membuatkan aku terfikir, apalah yang istimewanya Tembok Besar China tersebut.

Setibanya kami ke Tembok Besar China, semua orang kelihatan teruja. Mungkin kerana semua dari mereka ini mahu mendapat gelaran “Pahlawan !”. Cuaca di sini bertambah dingin berbanding di pusat bandaraya Beijing. Mungkin kerana Tembok Besar China ini terletak di kawasan pergunungan yang membuatkan kawasan ini lebih sejuk berbanding kawasan urbanisasi Beijing. Aku bertanyakan kepada Maggie Ma, apakah aku boleh membawa banting untuk sesi bergambar memandangkan aku meihat sekitaran kasan tersebut tiada tentera mahupun polis yang membuat rondaan di situ & akhirnya Maggie Ma mempertimbangkan untuk mengizinkan aku membawa banting tersebut.

31/01/2011, Isnin….. Hari Kedua Beijing–Tianjin Tours.




31/01/2011, Isnin….. Hari Kedua Beijing–Tianjin Tours.

Pukul 7.00 pagi, aku sudah bersiap untuk turun ke lobi dan menjamah sarapan. Sarapan yang disediakan di restoran hotel tersebut adalah halal dan tanpa was – was. Ada seperkara yang aku hendak maklumkan kepada kalian semua, apabila kalian mengunjungi bumi China, bawalah kamus Bahasa Inggeris – Mandarin (yang mempunyai tulisan rumi). Ini adalah kerana ramai rakyat China dalam jangkaan lebih 80% tidak fasih langsung berbahasa Inggeris & tidak semuanya boleh berbahasa Melayu/Indonesia (B-P). Jika kalian tidak membawa kamus, maka akan terjadilah situasi seperti ayam dan itik berbicara, B-) .

Aku perhatikan kakitangan hotel tidak fasih berbicara Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu mahupun Bahasa Indonesia. Hendak harapkan Maggie Ma, beliau bukan ada setiap masa di sisi kami ketika berada di hotel. Maka terjadilah situasi mereka dan ada antara kami menggunakan isyarat tangan yang kadang – kadang aku terasa nak gelak. Macam–macam gaya ada. Nasib baik tiada gaya cucuk bintang (X-D). Aku sedikit beruntung kerana boleh berkomunikasi sedikit–sedikit dalam Bahasa Mandarin. Alangkah bagusnya kalau arwah atuk Mansor aku masih hidup dan beliau juga ikut serta rombongan ini, senang untuk jadi penterjemah sebab atuk Mansor aku adalah seorang Cina Muslim dan fasih berbahasa Mandarin. B-).

30/01/2011, Ahad….. Hari Pertama, Ni Hao Zhong Guo!




30/01/2011, Ahad….. Hari Pertama, Ni Hao Zhong Guo!

Bunyi enjin diesel bas yang riuh membuatkan aku terjaga dari lena, seperti yang dijanjikan, bas tiba tepat jam 12.00 pagi (ikut jam tangan aku lah ! jam tangan orang lain, aku tidak tahu tepat atau tidak). Hujan masih lagi membasahi bumi pada ketika itu tetapi kali ini sedikit renyai berbanding lebat beberapa jam sebelumnya. Walaupun masih hujan, kami tetap terus memasukkan bagasi – bagasi kami dalam bonet bas yang disediakan. Setelah semua bagasi dimasukkan, kami masuk ke dalam bas dan setelah lengkap kesemuanya di dalam bas, kami pun segera berangkat menuju ke Terminal LCCT KLIA dari Johor Bahru.

Sepanjang perjalanan kami menuju ke Terminal LCCT KLIA, ramai di antara kami termasuk aku meneruskan agenda untuk melenakan diri di dalam bas sementara menunggu sampainya kami ke destinasi yang hendak dituju iaitu Terminal LCCT KLIA, Sepang. Kami berhenti rehat seketika di Kawasan Rehat & Riadah (R&R) Machap untuk minum dan makan, cukup sekadar untuk alas perut sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal LCCT KLIA, Sepang.

29/01/2011, Sabtu….. Persiapan Ke China…..




29/01/2011, Sabtu….. Persiapan Ke China…..

Pagi itu aku bangun tidur awal dari kebiasaan (Biasanya selepas solat subuh, aku sambung tidur semula dan bangun lewat sikit untuk ke tempat kerja). Pada pagi Sabtu itu, aku cuti. Entah bagaimana aku tak berapa nak lena selepas solat Subuh, aku hanya tidur setengah jam selepas solat Subuh (Biasanya sejam).

Aku membelek – belek passport dan visa. Pagi itu, aku asyik ‘Google’ tentang Beijing & Tianjin, Republik Rakyat China. Dalam carian ‘Google’ aku, didapati ketika itu cuaca di Beijing & Tianjin boleh dikatakan sangat dingin dengan suhu di bawah 10 darjah selsius dan adakalanya suhu boleh mencapai bawah 0 darjah selsius.

Cerpen Jalan Pintas

Tuesday, October 13, 2009

“Alamak, masa inilah jalan sesak. Kalau tidak sekatan jalanraya, pastinya ada kemalangan di hadapan” begitulah keluhan si Mail setiap kali berdepan dengan kesesakan jalanraya. Beliau dalam perjalanan dari Kuantan hendak menuju ke Kuala Lumpur selepas menghadiri taklimat & lawatan tapak untuk memasuki tender. Oleh kerana beliau menggunakan kenderaan pacuan 4 roda, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pembalakan untuk mengsingkatkan lagi perjalanannya memandangkan beliau melihat keadaan kesesakan jalanraya yang teruk yang mungkin mengambil masa berjam–jam lamanya untuk reda.

Memandu kenderaan pacuan 4 roda di dalam hutan bukanlah suatu perkara yang asing baginya memandangkan beliau sudah beberapa kali menyertai ekspedisi kenderaan pacuan 4 roda bersama rakan–rakannya yang berkongsi minat yang sama iaitu merentas belantara dengan kenderaan pacuan 4 roda. Namun begitu, jalan pembalakan di dalam hutan yang ini belum pernah lagi diterokai oleh si Mail.

Kisah “Antara 2 Darjat”


Kisah “Antara 2 Darjat”

P/S :- Nama watak telah disingkatkan kerana terlalu panjang. Harap maklum.

iPhone – IPh
iPad – IPa
iPod Touch – IPoT
Mac Book Air – MBA
Acer Aspire One – AAO

Let eat Papadom and watch Papadom (Malaysian Movie)




Last weekend, I brought my 3 siblings to watch movie at BigCinemas BP Mall (Batu Pahat, Johor Darul Takzim, MALAYSIA). We watch the latest film of number one present comedy director/comedian in Malaysia, Afdlin Shauki which the movie titled is "Papadom".

Papadom is a movie about Saadom, a Kandar Rice businessman in Penang who work hard to develop his business successfully. However, in his busy to pursue success, he often neglected time with his family especially his single daughter, Miasara or her short name is Mia.

Tentang Papadom




Hari minggu lepas, aku membawa 3 orang adik-adik aku menonton wayang di BigCinemas BP Mall. Kami menonton filem terbaru sutradara komedi nombor satu di Malaysia pada ketika ini, Afdlin Shauki yang berjudul “Papadom”.

Papadom mengisahkan Saadom, seorang pengusaha nasi kandar di Pulau Pinang yang berusaha keras memajukan perniagaannya sehingga berjaya. Namun, dalam kesibukkannya mengejar kejayaan, beliau sering mengabaikan masa untuk bersama keluarganya terutama sekali anak perempuan tunggalnya, Miasara atau nama singkatannya Mia.

Yoshito Usui Death.

Sunday, September 13, 2009



The Crayon Shin Chan creator, Yoshito Usui had pass away on September 11, 2009. Born on 21 April 1958 in the prefecture of Shizouka, Japan, Yoshito Usui who had lived for 51 years is reported death resulting from severe injuries suffered when he fell at Mount Arufune canyon located in the district of Gunma, Japan.

Yoshito Usui Meninggal Dunia.




Pencipta Crayon Shin Chan, Yoshito Usui yang telah pergi buat selama-lamanya pada 11 September 2009. Dilahirkan pada 21 April 1958 di daerah Shizouka, negara Jepun, Yoshito Usui yang telah hidup selama 51 tahun diberitakan meninggal dunia berpunca daripada kecederaan parah yang dialami beliau ketika jatuh gaung di Gunung Arufune yang terletak di dalam daerah Gunma, negara Jepun.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...