02/02/ 2011, Rabu….. Hari Keempat Beijing–Tianjin Tours.

Friday, February 11, 2011
iFaizi
blogger



02/02/ 2011, Rabu….. Hari Keempat Beijing–Tianjin Tours.

Hari keempat di Beijing. Destinasi pertama kami untuk hari keempat adalah Yashow Clothing Market. Dalam perjalanan dari hotel ke sana, kami dapati banyak kedai – kedai di sekitaran ibu kota Beijing tutup. Ini adalah kerana ramai orang telah pulang ke kampung halaman masing – masing. Sepertimana Kuala Lumpur, kebanyakkan warga yang mendiami Beijing bukanlah anak jati Beijing tetapi adalah perantau dari seluruh pelosok China mencari rezeki di sini. Hari ini adalah hari pertama sambutan Tahun Baru Cina di seluruh pelosok dunia.

Kami tiba jua akhirnya ke sana. Yashow Clothing Market adalah sebuah pusat membeli – belah yang lebih menumpukan kepada industri tekstil. Kalau di Malaysia, tempat seperti ini ibarat Jakel, B-). Di sini, anda jangan terkejut kalau terdapat kedai yang menulis nama kedai mereka di dalam Bahasa Melayu seperti “Kedai Cadar/Langsir” malah pekerjanya juga boleh berbahasa Melayu dengan fasih (terasa seperti masih berada di Malaysia).



Bangunan Yashow Clothing Market mengandungi 4 tingkat yang mana 2 tingkat bawah adalah pakaian dan 2 tingkat atas adalah tempat gajet/barang elektronik. Di sini, semua barang adalah tiruan (jenama pakaian/gajet/barang elektronik) tetapi murah. Yashow Clothing Market terletak di Sanlitun Bar Street, Daerah Chaoyang, Beijing. Bagi golongan hawa yang suka membeli beg–beg berjenama tetapi yang murah aka tiruan, di sini ada bermacam–macam jenama seperi Prada, Gucci, Calvin Klein & bermacam lagi. Bagi peminat gajet, di sini kalian boleh dapatkan “iPhone”, “Blackberry”, “iPad” dan bermacam lagi gajet tiruan. Walaupun tidak sebagus yang asli tetapi murah. Sekiranya kalian hendak membeli gajet yang tiruan & murah tetapi yang terbaik, aku sarankan kalian dapatkan iPad kerana kebanyakkan iPad tiruan di sini mempunyai sistem operasi (OS) Android. Boleh tahan juga barang tiruan di sini kan? B-).



Selesai membeli–belah di Yashow Clothing Market berjam – jam lamanya (Duit sudah semakin susut, hahaha…. X-D), Kami merehatkan dompet kami seketika untuk makan tengahari di restoran muslim halal dan kemudian mengerjakan solat Zohor di Masjid Nan Dou Ya.

Sesudah itu, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke destinasi membeli–belah yang berikutnya. Kami menuju ke Silk Street Pearl Market. Tidak seperti Yashow Clothing Market, di sini kompleks membeli–belahnya lebih menumpukan kepada penjualan gajet–gajet / barang elektronik yang digilai oleh golongan muda (seperti aku, hahaha… X-D). Walaupun kebanyakkan gajet/barang elektronik di sini adalah tiruan tetapi terdapat juga gajet/barang elektronik asli yang dijual sedikit murah berbanding di Malaysia. Ada iPhone, Blackberry, iPad, PSP dan bermacam lagi. Terdapat juga permainan–permainan yang dijual di sini seperti helikopter kawalan jauh, anak patung Barbie, Hot Wheel dan bermacam lagi. Terdapat juga seksyen kebudayaan untuk kompleks membeli – belah ini seperti kaligrafi Cina, ‘topi Wong Fei Hung’, topeng Opera China dan bermacam–macam lagi. Setelah aku keluar dari kompleks membeli belah tersebut, aku mula terfikir “Kenapa kompleks membeli – belah ini diberi nama Silk Street Pearl Market? Kenapa ya? Jauh benar namanya dengan apa yang dijual di dalamnya.” B-).

Selesai membeli belah berjam–jam lamanya, tibalah masa untuk makan malam di restoran muslim halal & kemudiannya pulang ke hotel. Setibanya kami di hotel, ramai antara kami mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan–jalan di sekitaran kawasan tersebbut tidak jauh dari hotel untuk melihat pemandangan malam di Beijing sambil melihat bunga api di ruang angkasa Beijing. Setelah sejam berjalan kaki, kami pulang semula ke hotel dan ada antara kami bermain bunga api di luar kawasan hotel bagi turut memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di bumi China.

Selesai bermain bunga api, kami pun masuk ke bilik masing – masing untuk bersiap melenakan diri. Wan An! (Selamat Malam!).

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...