05/02/2011, Sabtu….. Hari Terakhir, Zai Jian Zhong Guo!

Friday, February 11, 2011
iFaizi
blogger



05/02/2011, Sabtu….. Hari Terakhir, Zai Jian Zhong Guo!

Hari terakhir kami di Tianjin & merupakan juga hari terakhir kami berada di China untuk kali ini. Seperti biasa pada pagi itu kami telah siap berkemas untuk daftar keluar dari Hotel Jin Ma. Kami memunggah bagasi & masukkan ke dalam bonet bas persiaran. Kami menjamah sarapan terlebih dahulu di restoran hotel tersebut.

Setelah selesai menjamah & daftar keluar, kami pun segera berangkat menuju ke Tianjin Cultural Street. Di sini terdapat banyak deretan kedai yang menjual apa sahaja yang berkaitan dengan kebudayaan China seperti topeng opera China, kaligrafi Cina, ‘topi Wong Fei Hung’ & lain–lain lagi yang berkaitan dengan kebudayaan China. Di sini juga terdapat barang–barang jenama tiruan seperti bag tangan Prada, Gucci, Calvein Klein, jam tangan Omega, cermin mata Ray Ban & bermacam lagi. Walaupun barang–barang di sini adalah tiruan tetapi kalian tidak dapat tawar–menawar ‘gila–gila’ punya seperti mana yang kalian lakukan di Beijing kerana barang yang mereka jual di sini sudah sedia murah & mereka tidak seperti rakan niaga mereka di Beijing yang meletakkan harga ikut sedap mulut sahaja. B-). Namun begitu, tawar–menawar masih dibolehkan tetapi biarlah yang sewajarnya kerana sekiranya kalian tawar–menawar melampau sangat, peniaga di sini tidak akan melayan kerenah kalian.



Selesai bersiar–siar & membeli–belah di sekitaran Tianjin Cultural Street, kami segera berangkat menuju ke restoran muslim halal untuk menjamah makan tengahari & menunaikan solat di ruang yang telah disediakan oleh pihak restoran. Selesai menjamah makan tengahari & menunaikan solat Zohor, kami pun singgah sebentar ke Tianjin Food Street yang terletak betul–betul bersebelahan restoran tersebut. Seperkara yang aku hendak tambah di sini ialah sepanjang kami berada di China, ke mana sahaja kami pergi & berada, kami pasti akan bertembung dengan orang Malaysia. Jadi tidak hairanlah sekiranya pelancong yang paling ramai dating ke China adalah orang Melayu Nusantara sehinggakan membuatkan ramai juga warga tempatan di sini boleh berbicara sedikit–sedikit dalam Bahasa Melayu/Bahasa Indonesia.



Berbalik kepada Tianjin Food Street, kami hanya sekadar bersiar – siar sahaja & tidak membeli apa–apa di situ kerana Maggie Ma tidak galakkan kami berbelanja di situ kerana khuatir kami keliru & tidak tahu membezakan makanan halal & bukan halal kerana di sini ada jual bermacam makanan termasuk makanan eksotik seperti contoh katak, kura–kura & lain–lain lagi. Namun begitu masih terdapat makanan halal di sana tetapi Maggie Ma tidak galakkan membeli, cukup sekadar bersiar–siar sahaja untuk melihat kemeriahan orang yang lalu–lalang di situ.

Tibalah masanya untuk kami semua berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin–Binhai (TBIA). Setelah tiba kami di sana & bergambar bersama Maggie Ma & pemandu bas persiaran kami, tibalah masa kami mengucapkan “Xie xie he zai jian Zhong Guo! Wo men gai xing ren shi ni men !” yang bermaksud “Terima kasih & selamat tinggal China! Kami gembira bertemu anda!”. Kami pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air Asia.

Setelah mengharungi 6 jam perjalanan di ruang udara, kami akhirnya pun sampai ke tanah air. Pesawat penerbangan kami mendarat di Terminal LCCT KLIA, Sepang pada waktu malam. Setelah melalui prosedur pemeriksaan passport, memunggah bagasi & melalui prosedur pemeriksaan keselamatan melalui pengimbas yang terdapat di lapangan terbang di situ, kami mengambil keputusan untuk makan terlebih dahulu akibat keletihan yang amat sangat. Keluarga aku makan di McD. Keluarga–keluarga lain di dalam rombongan kami juga makan di McD. Mungkin rindu sangat hendak pekena McD tetapi tak dapat berbuat demikian di China kerana tidak halal. Kebetulan pula bas yang akan membawa kami pulang dari terminal itu ke Johor Bahru belum lagi tiba. Oleh yang demikian, kami pun makan dahulu sementara hendak menunggu bas.

Setelah selesai kami semua makan, dalam beberapa minit selepas itu, bas kami pun tiba. Kami memunggah segala bag & bagasi kami untuk dimasukkan ke dalam bonet bas. Setelah semua bag/bagasi telah masuk ke dalam bonet bas & kami semua sudah berada di dalam bas, kami pun berangkat menuju ke Johor Bahru. Sementara menunggu tibanya kami ke Johor Bahru, aku & beberapa rakan, ahli keluarga & saudara–mara aku pun mengambil peluang yang ada untuk lena. Selamat Malam! B-).

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...