29/01/2011, Sabtu….. Persiapan Ke China…..
Dicatat oleh
iFaizi
di
12:00 AM
Friday, February 11, 2011
29/01/2011, Sabtu….. Persiapan Ke China…..
Pagi itu aku bangun tidur awal dari kebiasaan (Biasanya selepas solat subuh, aku sambung tidur semula dan bangun lewat sikit untuk ke tempat kerja). Pada pagi Sabtu itu, aku cuti. Entah bagaimana aku tak berapa nak lena selepas solat Subuh, aku hanya tidur setengah jam selepas solat Subuh (Biasanya sejam).
Aku membelek – belek passport dan visa. Pagi itu, aku asyik ‘Google’ tentang Beijing & Tianjin, Republik Rakyat China. Dalam carian ‘Google’ aku, didapati ketika itu cuaca di Beijing & Tianjin boleh dikatakan sangat dingin dengan suhu di bawah 10 darjah selsius dan adakalanya suhu boleh mencapai bawah 0 darjah selsius.
Sedang asyik mencari banyak maklumat mengenai Beijing & Tianjin, Pak Usu aku menghubungi aku menerusi telefon dan minta aku pergi ke kedai percetakan untuk reka & cetak banting aka banner “Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Olimpik Beijing” (Hahaha, main – main sahaja tentang rombongan Cik Kiah tu.).
Tanpa membuang masa, aku ambil kunci kereta dan terus ke rumah Pak Usu aku dan berbincang dengannya tentang rekabentuk grafik banting tersebut. Setelah mencapai kata sepakat, draf rekabentuk itu dibawa ke kedai percetakan grafik untuk direka dan dicetak. Aku tinggalkan sekejap dan aku pesan kepada pekerja kedai tersebut yang aku akan datang semula pada tengaharinya. Mereka kata OK ! dan aku pun terus pulang ke rumah.
Sesampainya di rumah, aku sambung semula pencarian maklumat tentang Beijing & Tianjin, China di Google. Sesudah itu, aku pun periksa topi salji ( snow cap ), jaket, seluar jeans dan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca di China yang pada ketika ini seperti mana yang aku nyatakan sebelum ini adalah sangat dingin (Ibarat kata Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah “Nampak sangat menipunya, orang Jawa mana tahan sejuk”).
Setelah periksa segala pakaian aku, aku periksa pula wang Renminbi Yuan (Matawang Republik Rakyat China) yang telah ditukarkan dari Ringgit Malaysia. Aku asyik menatap gambar Mao Zedong pada wang Yuan itu bukanlah kerana nak tengok wang itu palsu atau tidak tetapi hendak siapa lagi kacak > aku atau beliau (Mao Zedong)?
Untuk pengetahuan kalian semua, Mao Zedong adalah Presiden pertama China selepas runtuhnya empayar dinasti Qing. Beliaulah yang telah mengubah corak pemerintahan negara China dari sebuah negara berasaskan monarki mutlak yang ditadbir oleh seorang maharaja kepada sebuah negara republik yang berasaskan sistem komunism.
Setelah menatap wang Yuan berulang kali, aku pun terus ke kedai percetakan grafik untuk mengambil banting tersebut. Setelah bayaran dibuat, aku beredar dari situ dan menuju ke Plaza Angsana & Pasaraya Giant, Tampoi. Aku ke sana adalah untuk bersantai seketika dan setelah lewat petang sedikit, aku pulang menuju ke rumah dan melakukan senarai semak yang terakhir sebelum mula berangkat malam nanti. Setelah melakukan senarai semak yang terakhir, barang – barang kepunyaan aku yang hendak aku bawa ke China, aku masukkan ke dalam beg galas aku. Satu keluarga aku sudah siap berkemas. Aku ingat, aku seorang sahaja kelihatan teruja. Rupanya, yang lain pun begitu juga. B-) .
Saat Maghrib menjelang, hujan pun turun. Aku memandang dari sudut yang positif sambil berkata di dalam sanubari ini “Barangkali ini adalah hujan rahmat yang akan memberkati kami satu keluarga untuk mengunjungi bumi China. B-)” . Dipendekkan cerita, pada pukul 11.00 malam itu, kami berkumpul di hadapan pejabat Pak Usu kerana bas yang akan membawa kami dari Johor Bahru ke Terminal LCCT KLIA akan berhenti di situ. Selain keluarga aku, terdapat juga saudara – mara aku dan pekerja – pekerja syarikat Pak Usu bersama keluarga mereka berkumpul di situ menanti ketibaan bas yang dijangka sampai tepat jam 12.00 pagi di hari Ahad, 30/01/2011.
Mungkin barangkali ada yang tertanya – tanya, kenapa rombongan kami tidak mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai (LTASIS)? Jawapan aku – ini adalah kerana penerbangan terus antarabangsa LTASIS hanya terhad untuk sekitaran negara – negara Asia Tenggara sahaja (tidak termasuk Republik Singapura & Republik Timor Leste). Oleh kerana hendak menjimatkan kos, kami mengambil keputusan untuk sewa bas bagi menghantar kami dari Johor Bahru ke Terminal LCCT KLIA, Sepang. Bagaimana pula dengan Changi? Kami tidak mengambil penerbangan dari Changi kerana terdapat beberapa keluarga yang mengikuti rombongan kami telah menunggu di Kuala lumpur.
Sementara menunggu ketibaan bas, kami berbual sesama sendiri bagi menghilangkan kebosanan. Memandangkan hujan masih lagi turun, terdapat beberapa orang dari kami termasuk aku mengambil kesempatan untuk lena seketika. B-) .
BERSAMBUNG…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Donation/Derma
Are you satisfy & happy with the contents in this blog? We are glad that you are satisfy and happy with the contents in this blog. We appreciate for every donation that you give it to us. To donate... You can simply click the donation button below. Once again... Thank you for your donation.
Anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini? Kami gembira yang anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini. Kami menghargai setiap derma yang anda hulurkan kepada kami. Untuk menderma... Anda boleh klik butang derma (donate) di bawah ini. Sekali lagi... Terima kasih atas derma anda.
Anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini? Kami gembira yang anda berpuashati dan gembira dengan kandungan di dalam blog ini. Kami menghargai setiap derma yang anda hulurkan kepada kami. Untuk menderma... Anda boleh klik butang derma (donate) di bawah ini. Sekali lagi... Terima kasih atas derma anda.
Followers
Pages
Pesan Penaja
Total Pageviews
Translate
Categories
- Anime Manga (2)
- Bahasa Melayu (36)
- Batu Pahat (2)
- Beijing 2011 (18)
- Cerpen (2)
- Certot (2)
- Chillaxlah (4)
- English (16)
- Faizi Menaip (13)
- Gokil (2)
- Greeting (1)
- Johor Darul Takzim (4)
- Karya (5)
- Malaysia (6)
- Movie (2)
- Percutian (10)
- Salam Perkenalan (1)
- Santai Kedai Kopi (3)
- Santai Pagi (1)
- Tentang Kami About Us (2)
- Vacation (10)
Popular Posts
-
Bani Pribumi Melayu asalnya bukanlah sebuah bangsa yang wujudnya bangsa ini terus beragama Islam. Bani Pribumi Melayu sebelum beragama Isl...
-
Last weekend, I brought my 3 siblings to watch movie at BigCinemas BP Mall (Batu Pahat, Johor Darul Takzim, MALAYSIA). We watch the lates...
-
Hai kepada semua yang sedang membaca blog aku ini... pos aku kali ini... aku nak bercerita tentang asal-usul perkataan sakti dan hampir ke...
-
30/01/2011, Sunday….. 1st Day, Ni Hao Zhong Guo! The noisy bus diesel engine make me awake from my sweet sleep, As promised, the bus ...
-
Sepanjang kehidupan aku sampai pada ketika ini... banyak perkara yang aku lalui dan hadapi di persekitaran aku... ramai jenis orang yang te...
-
Pencipta Crayon Shin Chan, Yoshito Usui yang telah pergi buat selama-lamanya pada 11 September 2009. Dilahirkan pada 21 April 1958 di dae...
-
Di waktu petang di sebuah kafe di tengah kota metropolitan London… 3 orang pemuda dari Asia Selatan sedang menikmati minum petang. Kelihata...
-
06/02/2011, Sunday….. Johor Bahru, I’m home! For this entry, there are not so mmany I can write here because the story that I want to t...
-
This blogpost is intended specially to readers of this blog who want to know about the simple mention of the country especially to non-Ma...
-
Baiklah, oleh kerana aku baru memulakan blog ini, maka adalah lebih baik aku mulakan dengan sesuatu yang mudah untuk aku taip di sini. ...
Facebook Page
iFaizi @Twitter
Labels
- Anime Manga (2)
- Bahasa Melayu (36)
- Batu Pahat (2)
- Beijing 2011 (18)
- Cerpen (2)
- Certot (2)
- Chillaxlah (4)
- English (16)
- Faizi Menaip (13)
- Gokil (2)
- Greeting (1)
- Johor Darul Takzim (4)
- Karya (5)
- Malaysia (6)
- Movie (2)
- Percutian (10)
- Salam Perkenalan (1)
- Santai Kedai Kopi (3)
- Santai Pagi (1)
- Tentang Kami About Us (2)
- Vacation (10)
Blog Archive
-
▼
2011
(18)
-
▼
February
(18)
- 06/02/2011, Sunday….. Johor Bahru, I’m home!
- 05/02/2011, Saturday….. Last Day, Zai Jian Zhong...
- 04/02/2011, Friday….. Day 6 Beijing–Tianjin Tours.
- 03/02/2011, Thursday….. Day 5 Beijing–Tianjin To...
- 02/02/2011, Wednesday….. Day 4 Beijing–Tianjin T...
- 01/02/2011, Tuesday….. 3rd day Beijing–Tianjin T...
- 31/01 /2011, Monday….. 2nd day Beijing–Tianjin T...
- 30/01/2011, Sunday….. 1st Day, Ni Hao Zhong Guo!
- 29/01/2011, Saturday….. Preparation To China…..
- 06/02/2011, Ahad….. Selamat tiba dari Beijing ke...
- 05/02/2011, Sabtu….. Hari Terakhir, Zai Jian Zho...
- 04/02/2011, Jumaat….. Hari Keenam Beijing–Tianji...
- 03/02/2011, Khamis….. Hari Kelima Beijing–Tianji...
- 02/02/ 2011, Rabu….. Hari Keempat Beijing–Tianji...
- 01/02/2011, Selasa….. Hari Ketiga Beijing–Tianji...
- 31/01/2011, Isnin….. Hari Kedua Beijing–Tianjin ...
- 30/01/2011, Ahad….. Hari Pertama, Ni Hao Zhong Guo!
- 29/01/2011, Sabtu….. Persiapan Ke China…..
-
▼
February
(18)
0 ulasan:
Post a Comment