Agama Mana Yang Benar? Sifat & Sikap Tuhan Agama-Agama Yang Diragukan…

Thursday, April 11, 2019
iFaizi
blogger

Di waktu petang di sebuah kafe di tengah kota metropolitan London… 3 orang pemuda dari Asia Selatan sedang menikmati minum petang. Kelihatan cahaya matahari terik memancar tetapi hakikatnya cuaca sedikit sejuk berangin… tidak terasa pun panas di kota London itu. Terasa nyaman cuaca petang itu ditambah pula dengan minuman panas yang mereka bertiga sedang nikmati.

Sambil mereka menikmati minuman petang mereka… mereka juga rancak berbual sesama mereka. Mereka bertiga asal daripada sub-benua yang sama ~ Asia Selatan tapi hanya 2 daripada mereka sahaja datang dari negara yang sama ~ Pakistan dan seorang lagi datang daripada India.

Abdullah Adeeb atau lebih dikenali sebagai Adeeb berasal daripada Pakistan dan rakan senegaranya pula ialah Muhammed Deen atau lebih dikenali sebagai Deen. Seorang lagi ialah Kenneth. Kenneth berasal dari India. Setiap daripada mereka ini mempunyai perwatakan yang berbeza dan agak unik.

Adeeb merupakan Atheist Ex Muslim yang sudah beberapa tahun mengistyiharkan dirinya keluar dari agama Islam. Sebenarnya… niat untuk keluar Islam itu sudah ada sejak Adeeb berada di Pakistan tetapi beliau hanya mendiamkan diri kerana beliau tahu… jika beliau berbuat begitu… nyawanya menjadi taruhan. Kini… apabila beliau sudah membina kehidupan yang stabil di London dan tambahan pula… beliau sudah mendapat taraf kewarganegaraan Britain di London… beliau tidak bercadang untuk kembali ke negara asalnya ~ Pakistan.

Deen pula ialah seorang Muslim yang sederhana tetapi tetap menyebarkan dakwah Islam kepada sesiapa jua kerana pendirian dan pegangannya tetap teguh bahawa tiada agama yang sebenar-benarnya melainkan agama Islam.

Kenneth pula ialah seorang Deist. Sebelum menjadi Deist… beliau menganut agama Hindu dan kemudian menukar agama kepada agama Nasrani. Kini beliau menjadi seorang Deist yang masih mengakui keesaan tuhan tapi tidak pada agama. Tidak seperti Adeeb… Kenneth masih mempercayai keesaan tuhan tidak tidak lagi mempercayai kebenaran mana-mana agama termasuk agama Islam yang mana didakwa sebagai agama paling benar di dunia.

Sebelum menjadi Deist… Kenneth ada mempelajari agama Islam. Terlalu banyak yang Kenneth belajar tentang Islam. Sahabat-sahabat Kenneth yang beragama Islam sangat menyakini bahawa Kenneth akan memeluk agama Islam tapi perkara sebaliknya berlaku sehingga menyebabkan sahabat-sahabat Kenneth beragama Islam merasa kecewa.

Ada sesuatu yang Kenneth rasakan tidak kena pada mana-mana sistem agama termasuk agama Islam sehinggakan beliau memilih untuk menjadi Deist.

Sedang mereka bertiga sedang rancak berborak kosong… Deen secara tiba-tiba mengajukan suatu pertanyaan kepada Kenneth. “Kenneth… aku dengar dulu… ko ada belajar ilmu agama Islam. Banyak yang ko dah belajar?” Deen bertanya kepada Kenneth.

“Banyak jugalah yang aku belajar sampaikan aku boleh baca sikit-sikit ayat suci Al-Quran walaupun aku bukan Islam. Aku juga hafal surah Al-Fatihah siap dengan terjemahan sekali.” Kenneth menjawab ringkas.

“Eh… ko belum Islam… bagaimana ko boleh memegang kitab suci Al-Quran tanpa wudhuk?” Deen bertanya lagi.

“Ada kawan beragama Islam ajarkan aku guna tablet.” Kenneth menjawab ringkas sekali lagi.

“Wah, bagus tu… bila ko nak masuk Islam? Bolehlah kita ke jannatul bersama-sama.” Deen memberi galakkan kepada Kenneth.

“Maaflah, kawan… aku tak akan masuk mana-mana agama termasuk agama yang ko anuti… agama Islam.” Kenneth membalas.

“Kenapa? Bukankah telah banyak yang ko pelajari dalam agama Islam dan sepatutnya ko menyedari bahawa semakin banyak yang ko belajar tentang Islam… sepatutnya ko menyedari betapa sesungguhnya tiada agama yang benar melainkan agama Islam. Tidakkah ko percaya kepada tuhan?” Deen bertanya kepada Kenneth.

“Aku percaya dan tersangat percaya kepada tuhan… aku percaya kewujudan tuhan… aku percaya kepada keesaan tuhan.” Kenneth membalas.

“Jadi? Apakah ko tidak mahu memeluk agama Islam… agama pilihan tuhan?” Deen bertanya lagi.

“Mempercayai tuhan itu suatu perkara & mempercayai agama pula ialah suatu perkara. Ia tidak semestinya bergerak seiringan.” Kenneth membalas.

“Adeeb… ko ada apa-apa yang hendak dikatakan kepada sahabat kita ini?” Deen bertanya kepada Adeeb.

“Tiada apa yang aku hendak kata sebab aku atheist… aku tak percaya kepada kewujudan tuhan apatah lagi kepada agama.” Adeeb menjawab ringkas.

“APAAA??? Ko atheist? Ko sedar tak apa yang ko cakap ni? Ko boleh dihukum bunuh mengikut ajaran Islam.” Deen pada mulanya rasa marah dengan Kenneth tetapi kini lebih marah pula dengan Adeeb.

“Kenapa pula aku hendak dibunuh?” Adeeb bertanya kepada Deen walaupun pada hakikat sebenarnya Adeeb tahu jawapannya.

“Sebab keluar daripada Islam itu suatu dosa besar yang dimurkai & dilaknat Allah s.w.t . Menjadi atheist & deist juga dianggap murtad jika seorang atheist & deist itu asalnya beragama Islam.” Deen menjelaskan.

“Baiklah… kalau itu yang ko katakan… sekarang aku hendak bertanyakan kepada ko.... Sekiranya ada penganut agama lain selain daripada Islam memeluk agama Islam dan mualaf itu dibunuh oleh kelompok agama asalnya kerana keluar daripada agama asalnya… apa reaksi ko?” Adeeb mengajukan pertanyaan kepada Deen.

“Agama lain selain agama Islam tidak ada hukum atau peraturan yang menjatuhkan hukum kepada penganut mereka yang keluar daripada agama kepercayaan mereka… Agama Islam pula ada hukum yang menghukum penganutnya keluar agama Islam. Itu adalah perintah Allah s.w.t … perintah tuhan yang maha satu… tuhan sekalian alam…” Deen menjelaskan.

“Mana ko tahu agama lain selain agama Islam tidak ada hukum peraturan yang sebegitu? Adakah ko dah kaji sehabisnya? Adakah ko sudah mendalami dan memperhalusi sehabisnya? Jika agama mereka itu selain agama Islam tidak menyebut dengan jelas bahawa penganut agama mereka yang keluar agama akan dihukum bunuh atas perintah nama tuhan… apakah mereka tidak akan bertindak sehingga membunuh penganut agama mereka yang keluar agama? Jika itu berlaku… apa reaksi ko terhadap penganut agama bukan Islam yang bertindak sebegitu terhadap mualaf?” Adeeb bertanya lagi.

“Ko cuba nak memerangkap aku dengan pertanyaan itu… ko tak boleh samakan agama lain dengan Islam…” Deen menjawab ringkas.

“Kenapa tidak?” Adeeb bertanya lagi.

“Kerana aku menyakini bahawa agama Islam adalah agama yang sememangnya agama yang benar… tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka dan sesungguhnya agama yang benar belaka itu ialah Islam.” Deen membalas.

“Bagaimana pula penganut agama lain? Adakah mereka tidak menyakini pegangan mereka? Jika mereka itu tidak menyakini pegangan agama serta kepercayaan mereka… kenapa mereka perlu membuang masa, tenaga dan wang untuk melakukan ibadah agama kepercayaan mereka? Tidakkah itu merupakan sesuatu yang sia-sia? Bukankah jika itu yang berlaku… kesemua mereka itu akan pergi ke arah agama kepercayaan yang paling atau hampir benar sesungguhnya seperti agama ko… agama Islam? Atau mereka boleh memilih untuk hanya percaya keesaan tuhan tetapi tidak agama seperti Kenneth atau mereka akhirnya memilih untuk tidak lagi mempercayai tuhan apatah lagi agama seperti aku?” Adeeb bertanya lagi. Kenneth pula hanya mendiamkan diri seketika melihat Adeeb dan Deen berhujah tentang pegangan agama kepercayaan mereka berdua.

“Mereka itu penganut agama selain agama Islam mungkin belum menyedari bahawa agama mereka salah dan apabila mereka menyedarinya… mereka akan menerima dan memeluk agama Islam.” Deen membalas.

“Apa yang membuatkan ko rasa bahawa mereka berada dalam agama yang salah?” Adeeb bertanya.

“Sememangnya agama mereka salah jika banyak titik kelemahan dalam sistem agama mereka… bahkan sifat tuhan atau dewa mereka diragukan kerana mempunyai sifat seperti manusia. Mana ada tuhan yang mempunyai dua biji mata, dua biji telinga, satu hidung, satu mulut dan anggota badan lain seperti manusia? Tuhan itu maha melihat walaupun tiada mata… tuhan maha berbicara walaupun tiada mulut… tuhan itu maha mendengar walaupun tiada telinga… tuhan maha merasa walaupun tiada anggota badan.

Tuhan itu juga hanya satu… tiada berjantina… tiada beranak apatah lagi berkeluarga… tiada berkeluarga maka tiadalah anak… tiada anak maka tiadalah istilah anak tuhan seperti mana mereka rujuk Nabi Isa a.s sebagai Jesus The Son Of God.

Tuhan itu hanya satu… tidak akan ada lebih daripada satu tuhan apatah lagi istilah banyak tuhan seperti mana agama-agama tertentu. Sifat tuhan atau dewa mereka sahaja sudah boleh diragukan… inikan pula sistem agama mereka… lagilah tak boleh pakai…” Deen menjelaskan dengan panjang lebar.

“Jadi… dengan menggunakan logik ko dalam mempertikaikan kebenaran sesuatu agama selain agama Islam… maka sewajarnya juga ko mempertikaikan dan meragukan kebenaran agama Islam seperti mana agama-agama lain.” Adeeb membalas.

“Bagaimana perkara itu boleh berlaku jika sememangnya agama Islam adalah agama yang lengkap sempurna untuk semua manusia? Di mana pula ruang kelemahan agama Islam yang wajar dipertikaikan dan diragukan seperti yang ko dakwa?” Deen bertanya kembali kepada Adeeb. Sekali lagi… Kenneth hanya sekadar menjadi pemerhati dan penyerap.

Adeeb tersenyum mendengar pertanyaan Deen sebelum menjawab.

“Menurut ko… agama lain salah kerana sifat tuhan dan dewa mereka itu boleh diragukan dan disangsikan. Menurut ko lagi… jika sifat tuhan dan dewa sahaja sudah salah… apatah lagi sistem agama… sudah tentulah sistem agama mereka tidak perlu lagi dipandang… Bukankah begitu?” Adeeb bertanya.

“Ya… seharusnya begitu.” Deen membalas.

“Sebenarnya dalam kita mengamalkan ajaran Islam ini… jika kita sesungguhnya mendalami dan memperhalusi dengan minda dan sanubari yang terbuka… kita masih boleh melihat titik kelemahan sifat tuhan itu sendiri yang diriwayatkan dalam konteks agama Islam itu sendiri… sama ada melalui kitab suci Al-Quran dan juga hadis. Bahkan Rukun Islam & Rukun Iman itu sendiri memperlihatkan terdapat kelemahan sistem agama itu sendiri.” Adeeb membalas.

“Perincikan hujah ko. Jangan hanya sekadar bercakap kosong… buktikan pendapat ko itu…” Deen membalas.

“Baiklah… sesungguhnya sifat tuhan itu maha sempurna dan maha mulia… maha sempurna dan maha mulianya tuhan itu sehinggakan tidak akan ada ruang walau seinci pun atau sebesar zarah pun kelemahan ditemui dalam sifatNya. Di mana harus aku bermula? Beginilah… terlebih dahulu aku mohon maaf andai aku tak dapat menyusun penjelasan aku dengan teratur akan tetapi aku tetap akan menjelaskan di mana titik kelemahan agama Islam ini yang tanpa kita sedari sebenarnya ada titik kelemahan sifat dan sikap tuhan itu sendiri apatah lagi sistem agama itu sendiri.

Pertama sekali… aku nak cerita pasal pengharaman arak yang dilakukan secara berperingkat sehingga dilakukan sebanyak 4 peringkat yang mana… pengharaman arak peringkat keempat adalah haram secara mutlak.

Peringkat pertama... permulaan sejarah arak.

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nahl ayat 67 :
“Dan dari buah tamar dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Peringkat kedua... penjelasan baik dan buruk arak.

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqarah ayat 219 :
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.”

Peringkat ketiga... pengharaman ketika hampir masuk waktu solat.

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa’ ayat 43
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, jangan pula hampiri masjid sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik lagi suci; sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.”

Peringkat keempat... pengharaman secara mutlak

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al-Ma’idah ayat 90-91
“90. Wahai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya meminum khamar, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu.”

Setelah turun ayat yg ke 4 maka hukum arak diharamkan secara mutlak.

Bukankah sesungguhnya tuhan itu sifatNya maha mengetahui? Sifat maha mengetahui tuhan itu tiada batasan… tiada permulaan… tiada pengakhiran. Atas dasar sifat maha mengetahui tuhan yang seperti itu… bukankah tuhan sudah mengetahui yang akhirnya hukum meminum arak… akhirnya akan menjadi haram mutlak? Jika begitu… seharusnya dari ayat pertama lagi… tuhan sudah menjatuhkan hukum haram secara mutlak untuk hukum meminum arak. Adakah sifat tuhan teragak-agak dalam memuktamadkan sesuatu perkara sama seperti manusia? Jika sifat tuhan dalam agama Islam itu teragak-agak… bukankah agama Islam sama seperti agama lain yang mempunyai titik lemah sifat tuhan dan dewa mereka?

Hujah yang berikutnya… kita tahu bahawa jumlah rasul yang wajib kita ketahui ialah 25 sahaja tapi aku pasti ko tahu jumlah sebenar rasul dan nabi dalam ajaran Islam. Dalam ajaran agama Islam pernah memberitahu bahawa tidaklah diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 315 orang berdasarkan hadis oleh Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad s.a.w), “Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda s.a.w menjawab, “Ya.” Kemudian orang itu bertanya, “Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda s.a.w menjawab, “10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi, “Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda s.a.w menjawab, “10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda s.a.w menjawab, “315.” Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercayai.

Baiklah… bukan jumlah nabi dan rasul yang hendak aku bicarakan tapi ada kisah salah seorang nabi bukan rasul yang bernama Nabi Uzair a.s … Nabi Uzair a.s kisahnya ialah tuhan telah mematikan Nabi Uzair a.s selama seratus tahun dan sesudah seratus tahun… tuhan menghidupkan kembali Nabi Uzair a.s … di suatu sisi… kita akan didendangkan dengan kisah betapa berkuasanya tuhan kerana menghidupkan kembali manusia yang sudah lama mati dalam keadaan sempurna di atas muka bumi dunia ini tapi di suatu sisi yang lain pula… ajaran agama Islam menunjukkan betapa tuhan juga boleh memungkiri firmanNya sendiri yang mana tuhan berfirman bahawa setiap yang lahir dan hidup atas muka bumi dunia ini apabila tiba saat mereka menemui ajal… tidak akan ada peluang kedua untuk dihidupkan kembali ke atas muka bumi dunia ini melainkan dibangkitkan di alam akhirat nanti. Kisah Nabi Uzair a.s ini menurut pandangan sesetengah alim ulama… kisah ini ada dinyatakan di dalam ayat kitab suci Al-Quran walaupun ayat tersebut tidak disebutkan dengan jelas bahawa orang yang dimaksudkan ialah Nabi Uzair a.s …

Ayat itu berbunyi…

Atau tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: Bagaimana Allah akan menghidupkan semula negeri ini sesudah mati rosak binasanya? Lalu dia dimatikan oleh Allah dan dibiarkan tidak berubah selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: Berapa lama engkau tinggal di sini? Dia menjawab: Aku telah tinggal di sini sehari atau setengah hari. Allah berfirman: Tidak benar, bahkan engkau telah tinggal berkeadaan demikian selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya dan perhatikanlah pula kepada keldaimu yang hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah dan Kami lakukan ini ialah untuk menjadikan engkau sebagai tanda kekuasaan Kami bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya apa yang berlaku itu, berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya dengan yakin, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Surah Al-Baqarah ayat 259.

Jadi… apabila sesetengah manusia mendakwa reinkarnasi atau kelahiran semula dan rekursi atau pengulangan hidup itu wujud… ramai atau hampir semua penganut Islam menyatakan bahawa reinkarnasi dan rekursi tidak wujud kerana berpegang kepada firman Allah s.w.t bahawasanya setiap yang telah menemui ajal… tiada peluang kedua untuk mereka dihidupkan kembali atas muka bumi dunia ini melainkan dibangkitkan di alam akhirat.

Jadi… bukankah ini jelas betapa Islam sendiri menonjolkan betapa tuhan mempunyai sifat yang boleh memungkiri firmanNya sendiri dan tiada siapa berhak mempertikaikanNya? Sudahlah Islam menggambarkan betapa tuhan itu mempunyai sifat yang teragak dalam memuktamadkan keputusan… ditambah pula Islam menggambarkan bahawa tuhan boleh dan berhak memungkiri firmanNya sendiri.

Jika sudah memungkiri firmanNya sendiri… mana pula datangnya maha adil? Dari mula asalnya bicara ko ada menyatakan sesebuah agama yang menggambarkan keraguan dan kesangsian sifat serta sikap tuhan itu… maka agama itu adalah salah. Jika logik ko digunapakai… maka agama Islam juga salah seperti mana agama-agama lain.

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh aku huraikan tapi cukuplah setakat ini sahaja kerana banyak mana pun yang aku huraikan… ko tetap dengan pendirian ko dan aku pula tetap dengan pendirian aku.” Adeeb menghurai dengan sedikit panjang lebar.

“Walaupun semua agama itu salah termasuk agama Islam itu sendiri… alam semesta ini pastinya ada maha pencipta. Alam semesta ini tidak akan terwujud dengan sendirnya.” Kenneth mencelah. Sebagai seorang Deist yang masih mengakui keesaan tuhan… Kenneth bersetuju dengan Adeeb bahawa tiada satu pun agama yang benar atas muka bumi dunia ini termasuk agama Islam tetapi tidak bersetuju dengan dakwaan Adeeb bahawa tuhan itu tidak wujud.

“Wah… dari tadi ko hanya jadi penyerap… baru sekarang nak bersuara? Beginilah, Kenneth… orang Deist seperti ko dan theist seperti Deen ini percaya setiap yang wujud itu ada maha pencipta. Jika aku bertanya siapa pula yang mencipta maha pencipta?... sudah tentu korang berdua akan kata bahawa itu adalah sifat keabadian tuhan… tiada permulaan dan tiada juga pengakhiran. Bagaimana pula kalau aku kata bahawa istilah keabadian alam semesta itu wujud? Tentu sahaja korang tak setuju kerana kita yang hidup ini akan tiba saatnya akan mati jua.

Kalau aku kata yang mati itu hanya jasad tapi komponen udara roh kita tetap hidup… bukankah kita boleh katakan bahawa keabadian alam semesta dan keabadian roh mengikut lunas sains itu wujud?

Baiklah, Kenneth… seperti pendirian ko… ko berpegang bahawa agama tidak wujud tetapi tuhan tetap wujud. Tuhan jenis apakah yang akan membiarkan manusia bergaduh sesama sendiri hanya kerana ingin membuktikan agama mana yang benar dan agama mana yang menjadi pilihan tuhan? Jika tuhan sudah menetapkan sesuatu agama itu dijadikan pilihanNya… bukankah atas maha bijaksana tuhan… tuhan akan seragamkan segala sistem agama ini bermula daripada manusia pertama tanpa perlu ada ‘pembaikpulih sistem agama’? Jika tuhan itu maha sempurna… istilah ‘pembaikpulih sistem’ itu sebenarnya tidak ada.” Adeeb membalas hujah Kenneth.

“Setiap perkara yang dirahsiakan… nikmatnya berganda…” Kenneth membalas.

Mereka bertiga berterusan berbicara tentang soal ketuhanan dan agama sehinggalah suatu saat… mereka mengubah topik bicara mereka bagi mengurangkan serta beransur menghilangkan ketegangan. Entah bagaimana… mereka bertiga bergelak ketawa berborak kosong sambil menikmati minum petang mereka sambil berbual santai seolah mereka bertiga lupa pernah ada suatu bual bicara mereka tegang soal ketuhanan dan agama. Apa pun di sudut minda dan sanubari mereka bertiga… mereka tetap dengan pendirian mereka masing-masing.

TAMAT

#iFaizi #FaiziZone #Blog #Individu #Individual #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI



__________________________________

Thank you for visiting our blog, social media site, YouTube channel and messenger room... You are welcome to Visit, Join, Like, Follow, Subscribe and Share our site and space so you don't miss any new content from us while increasing the traffic and followers of our site.

iFaizi

Blogspot
https://ifaizi.blogspot.com/?m=0
https://wow8zone.blogspot.com/?m=0

Facebook
https://www.facebook.com/ifaizi84/
https://www.facebook.com/wow8zone/

Twitter
https://twitter.com/@ifaizizone/
https://twitter.com/@wow8zone/

Instagram
https://instagram.com/ifaizizone/
https://instagram.com/wow8zone/

YouTube
https://www.youtube.com/channel/UCJ1Qy9LiB7zV-eXkoB9iBsw (iFaizi)
https://www.youtube.com/channel/UCfoVvNI8uJ5ztNRdT8RUbzg (Wow Eight Zone)

Whatsapps
https://chat.whatsapp.com/F6W6MGAarcHAHsRhb8Sx2v (iFaizi)
https://chat.whatsapp.com/BjVAmeCDQf73yM0NWgtXMX (Wow Eight Zone)

Telegram
https://t.me/ifaizizone/
https://t.me/wow8zone/

#iFaizi #Faizi #Blog #Individu #Individual #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Are you a Rengit resident (Parish 12 Sungai Kluang & Parish 11 Sungai Punggur) who live / work / study here or are you related to this area?  Or do you have an interest in developments news or any information about this area and its citizens? We invite you to join the SkyScraperCity forum for the thread “RENGIT (a.k.a رڠيت, 龙 引 & ரெங்கிட்) |  Johor |  Town & Subdistrict ”.  Please click the link below...

https://www.skyscrapercity.com/threads/rengit-a-k-a-رڠيت-龙引-ரெங்கிட்-johor-town-subdistrict.2277039/

You’re welcome to get ebooks digital published by Wow Eight [ 002163676 - A ] at this link ...

https://bitly.com/ewritingsbyfaiziwow8
(For Android Device)

https://bit.ly/iwritingsbyfaiziwow8
(For iOS Device)

https://www.amazon.com/author/ifaizi/
(Kindle)

Many Google eBooks / Apple iBooks / Kindle eBooks are there... There are a wide range of paid and free ebooks are there... Read More...  Happy Reading... 😎

Follow us and become our patron on the Patreon website by clicking on the following link... Thank you...

Wow Eight [ 002163676 - A ]’s Patreon
https://www.patreon.com/wow8gangz/

You like our content? We welcome your donation to us so that we can keep continuing our effort to provide our content for you. Thank you...

Click This Link To Learn How To Contribute To Us...

Click the following link to learn how to contribute to us... 👉🏽 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5sR5UKBv8hUd3kG6cbRM-ob8G1EOEydS9n1iFVvIZadbaKrqMMF5ViLPDDQ8GKxEhTD2RuTQPZv6KI2uD1CB-0qpgJTP9xzozeJ2lsQueHbrVPGf21_qYIU80UaBb5CYRNTIMFEN4bXY/s1600/iklnmhnsmbngndrmPNGv0.PNG

You can also contribute to us by using the PayPal platform (PayPal Account / Credit Card - Visa or MasterCard / Debit Card - Visa or MasterCard / Charge Card - American Express AMEX or other charge card) by clicking on this link...

http://bit.ly/isinceredonation

Any questions, suggestions or feedbacks... you can continue sending us Whatsapps message by clicking on the link below...

Wow Eight Whatsapps Zone
https://wa.me/60187861238

#iFaizi #FaiziZone #Blog #Individu #Individual #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

__________________________________

Terima kasih kerana mengunjungi blog, laman media sosial, saluran YouTube dan ruangan messenger kami... Anda dialukan untuk “Visit, Join, Like, Follow, Subscribe dan Share.” (Lawat, Sertai, Suka, Ikuti, Langgan dan Kongsi.) laman dan ruangan kami agar anda tidak terlepas sebarang kandungan baru daripada kami disamping meningkatkan jumlah trafik dan followers (pengikut) laman ruangan kami.

iFaizi

Blogspot
https://ifaizi.blogspot.com/?m=0
https://wow8zone.blogspot.com/?m=0

Facebook
https://www.facebook.com/ifaizi84/
https://www.facebook.com/wow8zone/

Twitter
https://twitter.com/@ifaizizone/
https://twitter.com/@wow8zone/

Instagram
https://instagram.com/ifaizizone/
https://instagram.com/wow8zone/

YouTube
https://www.youtube.com/channel/UCJ1Qy9LiB7zV-eXkoB9iBsw (iFaizi)
https://www.youtube.com/channel/UCfoVvNI8uJ5ztNRdT8RUbzg (Wow Eight Zone)

Whatsapps
https://chat.whatsapp.com/F6W6MGAarcHAHsRhb8Sx2v (iFaizi)
https://chat.whatsapp.com/BjVAmeCDQf73yM0NWgtXMX (Wow Eight Zone)

Telegram
https://t.me/ifaizizone/
https://t.me/wow8zone/

#iFaizi #Faizi #Blog #Individu #Individual #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Anda warga Rengit (Mukim 12 Sungai Kluang & Mukim 11 Sungai Punggur) yang menetap / bekerja / belajar di sini atau mempunyai sebarang kaitan dengan kawasan ini? Atau anda mempunyai minat untuk mengetahui perkembangan pembangunan atau apa jua maklumat berkaitan kawasan ini serta warganya? Kami mengalukan anda untuk menyertai forum SkyScraperCity untuk thread “RENGIT ( a.k.a رڠيت, 龙引 & ரெங்கிட் ) | Johor | Town & Subdistrict”. Mohon klik pautan di bawah ini...

https://www.skyscrapercity.com/threads/rengit-a-k-a-رڠيت-龙引-ரெங்கிட்-johor-town-subdistrict.2277039/

Anda dialukan untuk mendapatkan ebook terbitan digital Wow Eight [ 002163676 - A ] di pautan ini...

https://bitly.com/ewritingsbyfaiziwow8
(Untuk Peranti Android)

https://bit.ly/iwritingsbyfaiziwow8
(Untuk Peranti iOS)

https://www.amazon.com/author/ifaizi/
(Kindle)

Banyak Google eBook / Apple iBook / Kindle eBook ada di sana... Terdapat pelbagai pilihan ebook berbayar dan percuma ada di sana... Kerapkan Amalan Membaca... Selamat Membaca... 😎

Ikuti dan jadilah patron kami di laman sesawang Patreon dengan klik di pautan berikut ini... Terima kasih...

Wow Eight [ 002163676 - A ]’s Patreon
https://www.patreon.com/wow8gangz/

Anda suka dengan kandungan kami?
Kami mengalu-alukan sumbangan anda
kepada kami agar kami boleh
meneruskan penyediaan
kandungan kami untuk anda. Terima kasih...

Klik pautan berikutnya untuk mengetahui cara menyumbang kepada kami... 👉🏽 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5sR5UKBv8hUd3kG6cbRM-ob8G1EOEydS9n1iFVvIZadbaKrqMMF5ViLPDDQ8GKxEhTD2RuTQPZv6KI2uD1CB-0qpgJTP9xzozeJ2lsQueHbrVPGf21_qYIU80UaBb5CYRNTIMFEN4bXY/s1600/iklnmhnsmbngndrmPNGv0.PNG

Anda juga boleh menyumbang kepada kami dengan menggunakan platform PayPal (Akaun PayPal / Kad Kredit - Visa atau MasterCard / Kad Debit - Visa atau MasterCard / Kad Caj - American Express AMEX atau kad caj yang selainnya) dengan klik di pautan ini...

http://bit.ly/isinceredonation

Sebarang pertanyaan, cadangan atau apa jua maklumbalas... anda boleh terus mengirimkan mesej Whatsapps kepada kami dengan klik di pautan di bawah ini...

Wow Eight Whatsapps Zone
https://wa.me/60187861238

#iFaizi #FaiziZone #Blog #Individu #Individual #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

__________________________________

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...