Pages

Pages

Monday, March 11, 2019

Ah Hong & Teori Kelahiran Semula Yang Cuba Dimunasabahkan.


Di waktu petang yang damai... Mat & Ah Hong sedang lepak minum kopi di kedai kopi. Sedang mereka menikmati kopi di waktu petang yang mendamaikan itu... Ah Hong memulakan bicara perbualan mereka berdua...

“Mat... pada pendapat ko lah kan... apa akan jadi pada manusia yang mati?” Ah Hong bertanya...

“Well... sebagai orang Islam... aku sudah diajar dan percaya bahawa apabila manusia mati... mereka akan dibangkitkan oleh tuhan Allah dan segala amal ibadah mereka akan dihisab untuk dimasukkan ke dalam syurga atau akan dicampakkan ke dalam api neraka! Ko pula... apa yang ko percaya akan berlaku kepada manusia yang sudah mati?” Mat menjawab soalan dan mengajukan balik soalan yang sama kepada Ah Hong.

“Konsep sesudah mati orang Buddha ada beberapa perkara lebih kurang seperti orang Islam tapi ada beberapa perkara yang menjadi perbezaan antara Islam & Buddha.” Ah Hong menjawab.

“Apa dia?” Mat mencelah sebelum Ah Hong sempat menghabiskan jawapan.

“Orang Buddha percaya bahawa manusia yang baik akan ke syurga dan manusia yang jahat akan dapat pembalasan mereka di neraka. Tapi aku tak tahulah sama ada syurga-neraka Buddha sama seperti Islam atau sebaliknya tapi apa yang aku tahu tentang menurut kepercayaan penganut Buddha ialah akan sampai satu tempoh... mereka yang sudah mati ini dan berada di tempat pembalasan mereka ini...mereka ini akan dihidupkan dan dilahirkan semula ke atas muka bumi ini.

Mereka ini akan dilahirkan sebagai manusia atau mungkin juga haiwan atau mungkin juga tumbuhan. Orang putih cakap ~ Reincarnation...” Ah Hong menjelaskan panjang lebar.

“Habis itu... ko percaya ke?” Mat bertanya dengan harapan dapat menimbulkan kesangsian Ah Hong terhadap agama Buddha. Mat sengaja bertanya begitu dengan harapan dapat menarik Ah Hong untuk memeluk agama Islam.

“Aku atheist! Aku tak percaya adanya keabadian tuhan apatah lagi agama. Aku percaya kepada keabadian alam semesta tetapi idea Reincarnation ini... aku boleh pertimbangkan dari sudut saintifik.” Ah Hong membuat pengakuan yang dirinya adalah seorang atheist ex-buddha tapi pada masa yang sama tidak menolak idea kelahiran semula yang dipercayai oleh penganut Buddha & Hindu.

“Pula?! Diri ko mengaku tidak beragama dan tidak bertuhan tapi pada masa yang sama ko percaya kepada sesuatu yang sesetengah agama percaya? Apa pendirian ko sebenarnya?” Mat bertanya lagi. Mat masih berharap agar masih ada ruang untuk menarik Ah Hong mendekati dan sekaligus memeluk Islam.

“Begini... seperti yang aku katakan tadi... aku tak percaya kepada keabadian tuhan... aku lebih percaya kepada keabadian alam semesta...” Ah Hong cuba menjawab tapi belum sempat Ah Hong menghabiskan jawapannya... seperti biasa... Mat mencelah...

“Tapi tak adanya istilah keabadian manusia, bro! Yang hidup pasti akan mati!” Mat mencelah.

“Sebenarnya ko betul dan pada masa yang sama... ko juga salah!” Ah Hong membidas Mat.

“Eh?... aku betul dan pada masa yang sama aku juga salah? Berbelit ko punya cakap ni.” Mat masih cuba untuk menang lawan cakap dengan Ah Hong.

“Bagilah aku habiskan aku punya penjelasan... ko tak habis nak mencelah sahaja...” bicara Ah Hong.

“Baiklah... teruskan...” Mat tersenyum sinis dan tak sabar untuk mematahkan hujah Ah Hong.

“Ko bercakap bahawa tiada keabadian manusia... sebenarnya yang lebih tepat ialah tiada keabadian jasad tapi keabadian roh itu ada...” Ah Hong menyambung bicara penjelasan.

“Untuk memudahkan pemahaman ko... aku beri contoh... ko memandu sebuah kereta... akan sampai suatu masa... kereta yang ko pandu itu tidak akan berfungsi lagi walaupun ko cuba hantar ke bengkel untuk dibaiki dan akhirnya ko tukar kereta baru untuk meneruskan perjalanan ko.” Ah Hong menyambung bicara penjelasan.

“Sekarang ni... ibaratkan diri ko sebagai roh dan kereta pula sebagai sebuah jasad. Komponen-komponen kereta ko ibaratkan seperti organ-organ penting manakala minyak hitam & petroleum pula adalah darah, sel, cecair dalam badan dan oksigen... ko adalah roh yang melakukan gerakan dan hala tuju ke mana kereta atau jasad itu pergi selagi masih berfungsi.

Apabila sampai waktunya... kereta itu tidak akan berfungsi lagi walaupun ko cuba untuk memperbetulkan kereta tersebut di bengkel. Pada ketika itu... bagi meneruskan perjalanan... ko beli kereta lain sebagai ganti kereta yang sudah tidak berfungsi untuk meneruskan perjalanan.

Samalah seperti kehidupan kita... apabila jasad sudah berhenti berfungsi... roh akan mencari jasad baru sebagai kenderaan untuk meneruskan kehidupan.” Ah Hong menyambung penjelasan secara panjang lebar tapi penjelasannya itu belum selesai.

“Jadi... ko nak cakap bahawa setiap manusia ada kehidupan masa lalu? Kalau setiap manusia ada kehidupan masa lalu... kenapa pula aku tak ingat kehidupan lalu? Bukankah itu salah satu pembohongan tentang kelahiran semula?” Mat mencelah bagi mematahkan hujah Ah Hong.

“Pernah tak ko dengar istilah membeli atau memiliki kereta pertama? Lebih kurang begitu... setiap roh manusia akan melalui kehidupan pertama bersama jasad pertamanya.” Ah Hong menjawab ringkas kali ini.

“Ko kata ko mempertimbangkan idea kelahiran semula ini dari sudut saintifik... mana penjelasan logiknya kelahiran semula dari sudut saintifik? Jika Buddha mempercayai akan kelahiran semula sesudah manusia itu mengharungi pembalasan di syurga dan neraka... bukankah tiada unsur keadilan di situ kerana mereka yang jahat akhirnya keluar dari neraka manakala mereka yang baik sedang menikmati keindahan, keseronokan dan ganjaran syurga akhirnya turun semula ke muka bumi bagi mengharungi perjuangan hidup yang sangat mencabar?” Begitulah panjang lebar ayat Mat sebelum disudahi dengan pertanyaan.

“Kan aku dah kata yang aku ni atheist ex-buddha. Aku juga kata yang aku mempertimbangkan idea kelahiran semula dari sudut saintifik... aku tak kata yang aku percaya bahawa manusia akan berada di syurga-neraka untuk beberapa tempoh sebelum dilahirkan semula seperti mana penganut Buddha atau Hindu mempercayainya.” Ah Hong menjelaskan.

“Baiklah... mana pergi penjelasan saintifik ko berhubung idea kelahiran semula?” Mat bertanya lagi.

“Baiklah... menurut aku... roh adalah sebahagian daripada suatu komponen udara yang ada di persekitaran kita... oleh itu... menurut aku... roh juga adalah sebahagian daripada komponen jirim yang terdiri daripada gas, cecair dan pepejal. Asasnya roh itu adalah sebahagian daripada jirim gas di udara. Dari sini ke tahap yang berikutnya... terdapat dua kemungkinan dari sudut saintifik...” Ah Hong menyambung bicara penjelasan tapi seperti biasa... belum pun sempat Ah Hong menghabiskan penjelasannya... Mat mencelah.

“Kemungkinan? Mungkin? Ko sendiri pun tak pasti dengan penjelasan saintifik ko... bagaimana ko boleh mempercayai idea kelahiran semula dari sudut saintifik?” Mat membidas Ah Hong.

“Boleh aku sambung penjelasan aku? Itu pun kalau ko nak dengarlah...” Ah Hong ingin menyambung kembali penjelasannya.

“Suka hati ko lah... teruskan.” Mat seolah tak kuasa nak dengar dongengan yang kononnya saintifik itu.

“Baiklah... bagi meringkaskan penjelasan... aku hanya akan menumpukan idea kelahiran semula sebagai manusia sahaja. Berbalik kepada keadaan roh tadi... seperti yang aku nyatakan sebentar tadi... ada dua kemungkinan yang berlaku...

Kemungkinan yang pertama ialah... setiap roh yang sudah keluar dari jasad terdahulu akan melalui proses berulang dengan memasuki ruang badan manusia lelaki bersama oksigen. Apabila roh yang bersifat jirim gas tadi memasuki badan manusia lelaki... jirim gas tadi akan bertukar kepada jirim cecair seperti suatu sel cecair dalam badan manusia... daripada jirim cecair... sel cecair dalam badan manusia lelaki itu akan bertukar kepada jirim pepejal yang dipanggil sperma. Dari sini juga sperma itu akan berlumba sekali lagi untuk menuju ke arah ovum perempuan untuk tujuan persenyawaan yang akhirnya membentuk janin manusia.

Jika sperma itu berjaya memasuki telur persenyawaan kaum perempuan... maka peluang untuk lahir semula akan pergi ke tahap berikutnya... jika tidak berjaya... sperma itu pun akan mati dan jirim gas roh itu akan dibebaskan semula ke udara dan proses itu berulang sekali lagi sehingga berjaya dilahirkan semula... itu kemungkinan satu... kemungkinan kedua pula...

Apabila jirim gas roh memasuki pernafasan manusia perempuan bersama oksigen... apabila ada sperma yang berjaya melekat di telur persenyawaan... secara automatiknya... jirim gas roh tersebut akan bertindakbalas dengan sperma yang berjaya itu bagi memulakan proses pembentukan janin manusia.

Di sini... kita dapat lihat bahawa terdapat proses jirim dilangkau yang mana daripada jirim gas terus kepada jirim pepejal tanpa melalui proses menjadi jirim cecair.

Maka... itulah penjelasan aku dari sudut saintifik berkenaan idea kelahiran semula dari sudut saintifik.” Ah Hong memperjelaskan secara panjang lebar.

“Wah... macam doktor dan saintislah ko ni... cuma hakikatnya ko memang bukan doktor dan juga bukan saintis... ko masih bercakap tentang perkataan kemungkinan. Doktor dan saintis di luar sana pun tak pernah cakap seperti mana yang ko cakap sekarang ni... dalam erti kata lain... ko punya cakap ni... sembang jer lebih.” Mat bersifat sinis terhadap semua penjelasan Ah Hong.

“Beginilah Mat... cuba ko bayangkan ko berada di tahun sekitar 1800-an dan ko bercakap pada orang Melayu zaman kesultanan Melayu Melaka sebagai contoh... ko cakap pada mereka yang di zaman akan datang akan ada kapal terbang di udara... ko rasa mereka nak percaya tak walaupun ko dah memperjelaskan secara saintifik dan mekanikal dengan panjang lebar?” Giliran Ah Hong pula membidas Mat yang disudahi dalam bentuk pertanyaan.

“Beginilah Ah Hong. Lahirnya aku... hidupnya aku dan matinya aku adalah berlandaskan kitab suci Al-Quran. Menurut kitab suci Al Quran... seseorang yang sudah mati... tidak akan dihidupkan semula ke atas muka bumi ini...” Mat memperjelaskan pendiriannya.

“Baiklah... kalau aku suruh ko percaya kepada komik Spiderman bahawa Spiderman itu wujud... ko percaya tak?” Ah Hong bertanya kepada Mat.

“Buktikan...” Tersengih sinis Mat yang pada anggapan Mat bahawa kemerepekan Ah Hong sudah tidak boleh dibendung lagi.

“Tak perlu bukti... ko kena percaya dan yakin bahawa Spiderman itu wujud di dunia nyata dengan kuasa sakti yang nyata!” Ah Hong membidas sekali lagi.

“Aku cakap BUKTIKAN!!!” Kesabaran Mat semakin terhakis.

“Baiklah sekarang... atas soalan yang sama... aku nak ko buktikan bahawa kitab Al Quran yang ko anggap suci ini adalah ayat daripada tuhan Allah.” Ah Hong mencabar Mat.

“Astaga... ko lihatlah alam dan persekitaran ko... semua ini tak akan tercipta dengan sendirinya... ini adalah kebesaran maha pencipta... tuhan yang satu... ALLAH!” Mat memperjelaskan sambil mengetap bibir bagi menahan kemarahannya.

“Baiklah... ambil contohlah! Kalau seorang pentaksub tegar penganut agama Hindu datang kepada ko dan kata ~ Lihatlah alam dan persekitaran kita yang indah ini dicipta oleh maha berkuasa Dewa Krishna! Dan jika ko tak mempercayai Dewa Krishna... ko akan dijauhkan daripada Svarga dan akan dicampakkan ke dalam Naraka... Apa reaksi ko?” Ah Hong bertanya kepada Mat.

“Aku akan cakap apa bukti dan mana Dewa Krishna korang yang korang agung-agungkan itu? Itu hanya sekadar berhala.” Mat menjawab ringkas.

“Dan mereka beragama Hindu pun berkata berhala itu hanya satu simbol sahaja... Dewa Krishna yang sebenar-benarnya ada di atas kita, di mana jua pada bila-bila masa... dia maha melihat, maha mendengar dan maha mengetahui. Samalah seperti korang agama Islam melakukan solat menghadap kaabah... itu lebih kepada arah kiblat dan korang orang Islam mendakwa bahawa tuhan Allah itu maha atas dari segalanya.” Ah Hong membidas kembali.

“Aku masih akan cakap serta bertanya... mana dia Dewa Krishna korang tu... cakap banyak tak guna... buktikan! Buktikan! Buktikan! Korang tak faham bahasa ke apa ni? B.U.K.T.I.K.A.N . Eh, penatlah bercakap dengan orang yang menolak kebenaran yang hakiki ni...” Mat menjawab kembali dengan reaksi muka yang semakin ketara marahnya.

“Dan penganut Hindu pun berkata... Eh, kurang ajarnya orang Islam ini telah menghina Dewa Krishna yang mulia ini?” Ah Hong membidas Mat sekali lagi yang disudahi dengan ayat pertanyaan.

“Sekejap... kenapa kita melalut sampai pertikaian agama ni? Bukankah di awalnya kita bercakap tentang apa jadi pada manusia sesudah mereka mati? Ini dah menyimpang jauh ni...” Mat tak puas hati.

“Dah ko asyik nak cakap yang agama ko jer betul... aku pun jawablah...” Ah Hong menjawab ringkas.

Azan pun berbunyi...

“Dahlah... aku nak pergi solat... Bila ko mati nanti... barulah ko jumpa tuhan...” Mat memperingatkan Ah Hong.

“Tuhan yang mana?” Ah Hong bertanya tetapi Mat malas nak jawab soalan provokasi Ah Hong. Mat segera melangkah menuju ke surau atau masjid berhampiran untuk solat.

- TAMAT -

#iFaizi #iFaiziZone