Pages

Pages

Monday, January 7, 2019

Gossip & Bani Pribumi Melayu.

“Kau tahu tak... si mati semasa hidupnya banyak makan rasuah... kemewahannya pun hasil daripada rasuah... tak tahulah bumi terima dia atau tak!” Maka bergossiplah Ros... eh, silap... Haji Rosman Talib.

Begitu sakitnya hati kita orang Melayu terhadap orang yang kita benci sehinggakan orang yang kita benci itu sudah meninggal dunia pun... kita masih tak boleh bersifat pemaaf dan menutup keaiban orang walaupun ramai orang sudah tahu tanpa perlu kita memberitahu.

Kita ni seolah-olah nak sangat si mati itu dimalukan dengan pelbagai insiden yang tak diingini.

Bagaimana sekiranya tuhan mengkehendaki pengebumian seseorang jenazah yang masa hidupnya kita rasakan si jenazah ini telah melakukan banyak dosa besar seperti minum arak, melacur, berjudi, rasuah, pondan, lesbian, lgbt, atheism, deism dan pelbagai lagi tapi pengebumian si jenazah itu tetap berjalan sangat lancar malah mewangi?

Bagaimana pula sekiranya tuhan mengkehendaki pengebumian seseorang jenazah itu yang masa hidupnya... kita rasakan si jenazah itu tersangatlah mulia tetapi ada sesuatu yang hanya tuhan dan si jenazah itu sahaja yang tahu tetapi orang lain tidak tahu... disebabkan perkara itu... tuhan memperlahankan kelancaran pengurusan jenazah itu seperti contoh terdapat sedikit sahaja van jenazah yang dapat berfungsi pada hari pengebumian tersebut dan kebetulan pula ramai pula yang meninggal pada hari tersebut dan giliran untuk membawa jenazah itu dari hospital ke rumah, masjid surau & tapak pengebumian berjalan lebih perlahan berbanding kebiasaan.

Adakah kita akan mempertikaikan kehendak tuhan walaupun ia kelihatan tidak adil?

Atau pun kita merasa puas dapat memalukan orang yang kita benci walaupun sesuatu insiden yang berlaku itu merupakan satu salah faham dan masih boleh dijelaskan dengan sesuatu yang munasabah?

Hakikatnya ialah... aku telah perhatikan banyak pengebumian jenazah berjalan sangat lancar walaupun si jenazah ada kisah hidupnya yang tersendiri serta tak begitu enak di dengar tapi mulut si kononnya alim agama begitu lan... lancang...

Yang tak boleh blah ialah apabila ada suara soseh-soseh di tanah kubur kata seperti ini “Pelik juga aku... dulu arwah ni banyak buat dosa besar... tapi sangat lancar pula urusan pengebumiannya!”

Hmmm... memang nak sangat ke episod Tanah Kubur terjadi kepada arwah yang kita benci walaupun tak dinafikan bahawa arwah masa hidupnya memang ada buat dosa besar pada pandangan mata masyarakat kita sehinggakan tanpa sedar... kita dah mencabar kehendak tuhan?

Hidup dalam beragama ini... siapa sebenarnya yang menilai? Tuhan atau manusia?

  • TAMAT -


#ifaizi #ifaizizone