Pages
▼
Pages
▼
Friday, February 11, 2011
06/02/2011, Ahad….. Selamat tiba dari Beijing ke Johor Bahru!
06/02/2011, Ahad….. Selamat tiba dari Beijing ke Johor Bahru!
Untuk entri blog kali ini, tidak banyak yang dapat aku tulis kerana cerita yang hendak disampaikan terlalu sedikit & ringkas sangat. Lebih kurang pukul 5.30 pagi, kami pun tiba di Johor Bahru. Setibanya kami di pejabat Pak Usu aku, bapa aku pulang ke rumah kami yang terletak tidak begitu jauh dari pejabat Pak Usu aku untuk ambil kereta (nasib baik bateri kereta tak kong sebab dah berapa hari enjin kereta tak dihidupkan, B-D) . Yang lain, ada yang menghubungi saudara–mara/ adik–beradik/ibu–bapa & sebagainya untuk mengambil mereka di hadapan pejabat Pak Usu aku. Ada juga yang menumpangkan kereta mereka di rumah Pak Usu aku kerana laman rumahnya luas & terletak tidak jauh dari pejabat Pak Usu aku.
Setelah bag, bagasi & barang–barang yang dibeli dari China dipunggah & dimasukkan ke dalam bonet kereta, aku sekeluarga pun terus pulang ke rumah & memunggah semua bag, bagasi & barang–barang yang dibeli dari China masuk ke dalam rumah.
Aku kemudiannya naik atas untuk mandi, ambil wudhuk, salin pakaian, solat Suboh & terus lena sampai tengahari. Sangat–sangat keletihan.Hen Lei! Kesel! Esok kena naik sambung kerja setelah puas bercuti. Walaupun sangat letih tetapi seronok. B-) .
P/S :- Tetapi bila tengok dompet setelah pulang dari China, terus jadi tidak seronok, hahaha….. hahaha….. X-D < Ini reaksi tidak seronok kah? Hmmm, Faizi, Faizi….. (sambil menggelengkan kepala).
B-).
No comments:
Post a Comment