Pages

Pages

Friday, February 11, 2011

03/02/2011, Khamis….. Hari Kelima Beijing–Tianjin Tours.




03/02/2011, Khamis….. Hari Kelima Beijing–Tianjin Tours.

Hari kelima di Beijing. Kami dimaklumkan oleh Maggie Ma yang pada destinasi pertama, kami akan di bawa melawat Stadium Sarang Burung & Stadium Water Cube. Stadium ini sangat unik tetapi menarik kerana reka bentuknya yang melambangkan identiti budaya negara China itu sendiri. Mungkin selepas ini, kalau Malaysia hendak menjadi tuan rumah sukan bertaraf antarabangsa, kerajaan Malaysia perlu bina stadium rupa tengkolok atau rupa songkok agaknya, B-). Kami tidak berpeluang untuk masuk ke dalam stadium tersebut kerana tiada acara yang sedang berlangsung di situ pada ketika itu. Di luar stadium, terdapat saketul batu jed yang besar diletakkan untuk menghiasi lanskap luar kawasan stadium. Dari sini, kami dapat melihat bangunan IBM China yang agak unik bangunannya. B-).

Oleh kerana pada ketika itu adalah musim dingin, maka air sungai turut menjadi beku termasuk air sungai di luar stadium. Kami mengambil kesempatan yang ada untuk bergambar di atas permukaan sungai yang terlah beku. Namun begitu, Maggie Ma melarang kami untuk pergi di tengah – tengah sungai yang telah beku kerana khuatir ais itu akan pecah lalu kami jatuh ke dalam sungai memandangkan kami berada di penghujung musim dingin.



Destinasi yang berikutnya, kami dibawa ke Chinese Herbal Center untuk sesi urut kaki percuma (I LIKE ! B-D). Di sini selain menerima urutan kaki percuma, kami juga menerima promosi istimewa produk – produk herba yang baik untuk kesihatan > percuma ada makna ! B-) .

Selesai menerima urutan kaki percuma & membeli beberapa produk herba kesihatan, kami berangkat menuju ke restoran muslim halal untuk makan tengahari & kemudiannya menuju ke masjid untuk solat Zohor. Untuk masjid kali ini, aku tidak dapat sebutkan nama masjid tersebut sebab aku lupa nama masjid tersebut (Biar lupa nama masjid, jangan lupa hendak solat. B-P).

Selesai menunaikan solat Zohor, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Summer Palace. Summer Palace merupakan tempat istirehat maharaja China zaman dinasti Qing semasa musim panas. Tempat ini dikelilingi oleh tasik yang luas, sesuai untuk mengayuh sampan bersama pasangan kekasih, cewah ! B-P.

Oleh kerana air di tasik telah beku, tiada sampan di atas tasik tetapi ada orang sahaja. Walaupun terdapat papan tanda melarang orang ramai berjalan atau berdiri di atas tasik yang beku di dalam Bahasa Mandarin & Bahasa inggeris tetapi tetap ramai yang berdiri dan berjalan atas tasik tersebut termasuk kami.

Seperti biasa, Maggie Ma melarang kami berada jauh dari daratan kerana khuatir akan keselamatan kami. Pada mulanya, Maggie Ma melarang sama sekali untuk kami berada di atas tasik yang beku memandangkan sudah banyak kes orang jatuh ke dalam tasik tersebut walaupun sudah diberikan amaran tetapi setelah dipujuk & dirayu beberapa kali, barulah Maggie Ma mengizinkan kami dengan syarat tidak jauh dari daratan & tidak melompat – lompat di atas tasik yang beku itu kerana sekarang adalah penghujung musim dingin & ais tersebut sedang mengalami proses pencairan.

Menurut Maggie Ma, pihak pemerintah meletakkan papan tanda itu untuk keselamatan orang ramai tetapi sekiranya ada yang berdegil dan akhirnya terjatuh ke dalam tasik akibat ais yang pecah, Maggie Ma berkata pihak pemerintah tidak akan bertanggungjawab kerana amaran telah diberikan. Dalam erti kata lain, bahasa kasarnya ialah “Aku sudah maklumkan engkau tetapi engkau degil juga. Lepas ini, kalau berlaku apa – apa, sendiri mahu ingat ! Jangan cari atau salahkan aku !” < Itulah bahasa kasarnya. B-) . Namun begitu, kami bersyukur kerana tiada apa yang berlaku sepanjang kami berjalan & berdiri di atas tasik yang beku itu.

Selesai kami berjalan – jalan di sekitaran Summer Palace, kami berangkat menuju ke Beijing Dr Tea House untuk menikmati sambil membeli teh hijau China. Di sini, kami diberikan sampel minuman percuma teh hijau China. Rasanya tawar & seikit payau tetapi ibarat kata Hamid Gurkha “kalau tak tawar & payau, bukan teh hijau namanya”, hahaha….. X-D.

Selesai meminum & membeli teh hijau China, kami pun berangkat menuju ke destinasi makam malam yang berikutnya & kemudian berangkat pulang ke hotel. Setibanya kami di hotel, kami sambung semula bermain bunga api sambil melihat pertunjukan bunga api di ruang angkasa hotel dari perkarangan hotel tempat kami menginap. Setelah puas bermain bunga api dan melihat pertunjukan bunga api di ruang angkasa Beijing dari perkarangan hotel, kami pun masuk ke bilik masing–masing untuk bersiap melenakan diri. Wan an! (Selamat malam!). B-).

No comments:

Post a Comment