Pages
▼
Pages
▼
Friday, February 11, 2011
01/02/2011, Selasa….. Hari Ketiga Beijing–Tianjin Tours.
01/02/2011, Selasa….. Hari Ketiga Beijing–Tianjin Tours.
Hari ketiga di Beijing. Destinasi pertama kami untuk hari ketiga adalah Beijing Crystal Shop. Di sini segala barangan yang dijual adalah berasaskan barang – barang Kristal seperti cermin mata, cincin & bermacam lagi. Selesai membeli-belah di Beijing Crystal Shop, kami meneruskan perjalanan kami ke Tembok Besar China. Semasa dalam perjalanan kami dalam bas menuju Tembok Besar China, Maggia Ma memberi sedikit penerangan ringkas tentang sejarah Tembok Besar China. Maggie Ma juga turut menyatakan bahawa Mao Zedong pernah berkata “Anda bukan pahlawan sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar China !” membuatkan aku terfikir, apalah yang istimewanya Tembok Besar China tersebut.
Setibanya kami ke Tembok Besar China, semua orang kelihatan teruja. Mungkin kerana semua dari mereka ini mahu mendapat gelaran “Pahlawan !”. Cuaca di sini bertambah dingin berbanding di pusat bandaraya Beijing. Mungkin kerana Tembok Besar China ini terletak di kawasan pergunungan yang membuatkan kawasan ini lebih sejuk berbanding kawasan urbanisasi Beijing. Aku bertanyakan kepada Maggie Ma, apakah aku boleh membawa banting untuk sesi bergambar memandangkan aku meihat sekitaran kasan tersebut tiada tentera mahupun polis yang membuat rondaan di situ & akhirnya Maggie Ma mempertimbangkan untuk mengizinkan aku membawa banting tersebut.
Sebelum kami mula mendaki Tembok Besar China tersebut, kami bergambar terlebih dahulu. Banting rombongan kami dibentangkan dan latar belakang kami iaitu Tembok Besar China menjadi daya penarik gambar kami nanti. Selesai sesi bergambar, kami terus mendaki beberapa kilometer Tembor Besar China tersebut. Waktu itu barulah aku faham kenapa Mao Zedong berkata “Anda bukan pahlawan sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar China” kerana kecerunan tangganya yang curam dan pembinaannya tidak mengikut piawaian spefikiasi kejuruteraan yang sewajarnya kerana anak tangganya tidak rata, ketinggian setiap anak tangga tidak sekata & landai menjadikan pendakian kami benar–benar mencabar kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan tergelincir dan jatuh bergolek–golek. B-).
Setelah puas mendaki setinggi yang boleh, kami turun semula untuk menuju ke bas persiaran kami. Walaupun pendakian kami sangat mencabar tetapi kami seronok & tambahan pula kami kini sudah bergelar “Pahlawan !” mengikut piawaian rakyat China, B-). Kalaulah setiap pengunjung yang melawat Tembok Besar China itu dikurniakan sijil ‘Pahlawan !’ apabila menjejakkan kaki mereka di Tembok Besar China, sudah pasti aku akan bingkaikan sijil tersebut dan gantungkannya di ruang tamu rumah keluarga aku, hahaha….. X-D.
Setelah semuanya berada di dalam bas persiaran, kami pun mula bergerak menuju restoran muslim halal untuk makan tengahari (penat WOOO ! mendaki tembok besar ini. Nampak macam senang, cubalah rasai sendiri pendakian Tembok Besar China, barulah kalian ‘feel’ cabaran & keseronokan mendaki tembok besar tersebut.). Sepanjang perjalanan kami dalam bas menuju restoran muslim halal yang berikutnya, Maggie Ma menyatakan restoran muslim halal ini adalah restoran muslim halal terkenal di Beijing kerana keenakkan hidangannya. Apa yang menarik lagi, restoran ini terletak di tingkat atas Pusat Tembikar Beijing. Di sini, anda boleh melihat senireka corak tembikar–tembikar China yang cantik–cantik belaka.
Setibanya kami ke destinasi yang berikutnya untuk menjamah makan tengahari, kami mengambil kesempatan yang ada untuk melihat sendiri kecantikan tembikar – tembikar China yang indah. Namun begitu kami tidak membelinya kerana harganya sangat mahal & jangan terkejut kalau anda terjumpa beberapa tembikar China dengan tanda harga beratus ribu Yuan (kalau tukar ke Ringgit Malaysia pun masih beratus ribu Ringgit.). B-). Di sini, kalian tidak perlu membuang masa untuk tawar–menawar kerana tembikar–tembikar di sini sememangnya dijual untuk golongan elit yang kaya–raya. Kalau kalian cuba juga untuk tawar – menawar, janganlah merasa sakit hati sekiranya tidak dilayan & tidak diendahkan. Di sini, kalian tidak perlu khuatir untuk jalan seorang diri kerana tiada jurujual yang akan kepung & paksa kalian untuk membeli tembikar mereka, Cuma perlu berhati – hati apabila berjalan berdekatan tembikar atau sedang memegang tembikar kerana sekiranya tembikar mereka jatuh atau pecah atas sebab kecuaian kalian, mereka akan paksa kalian dengan apa cara sekali pun untuk membayar ganti rugi.
Kami menuju ke restoran yang terletak di tingkat atas pusat tembikar ini untuk menjamah makan tengahari. Sesudah itu, kami menunaikan solat Zohor. Apa yang bagusnya restoran muslim halal ini adalah terdapat ruang surau disediakan bersebelahan restoran tersebut. Oleh yang demikian, selepas makan tengahari, kalian boleh terus mengambil wudhuk & menunaikan solat.
Selesai makan tengahari & menunaikan solat Zohor, destinasi kami yang berikutnya adalah ke Rose Valley Snow World untuk bermain ski. Setibanya rombongan kami ke sana, aku hanya duduk di dalam bas untuk tidur. Aku malas hendak berski–ski ini (Eleh, cakaplah sahajalah yang kau tak pandai main ski ini, wahai Encik Faizi, B-P).
Setelah puas mereka berski berjam – jam lamanya, kami pun segera berangkat untuk menuju ke destinasi membeli–belah yang berikutnya iaitu Beijing Burning Cream Center. Kami diberi penerangan ringkas & demonstrasi terlebih dahulu sebelum mula membeli–belah.
Destinasi berikutnya, kami berangkat menuju ke restoran muslim halal berikutnya untuk menjamah makan malam. Selesai makan malam, maka berakhirlah perjalanan kami untuk hari ketiga. Kami berangkat pulang ke hotel & bersiap untuk melenakan diri. Wan an! (Selamat malam!). B-).
No comments:
Post a Comment