Pages
▼
Pages
▼
Tuesday, October 13, 2009
Kisah “Antara 2 Darjat”
Kisah “Antara 2 Darjat”
P/S :- Nama watak telah disingkatkan kerana terlalu panjang. Harap maklum.
iPhone – IPh
iPad – IPa
iPod Touch – IPoT
Mac Book Air – MBA
Acer Aspire One – AAO
AAO & MBA sedang bercengkarama di bawah sinaran bulan purnama di taman bunga.
MBA :
AAO, kita terpaksa putuskan hubungan kita.
AAO :
Kenapa MBA? Tidakkah dikau cinta kepadaku?
MBA :
Bukan begitu AAO. Ayahku, IPa tidak merestui hubungan cinta kita.
AAO :
Apa? Kenapa ayahmu bersikap begitu kejam kepadaku, wahai MBA? Apa salahku?
MBA :
Ayahku berdarah Apple dan sedangkan dikau hanya berdarah gajet biasa sahaja.
Keluargaku semua ada chip A5 sedangkan dikau hanya ada Pentium sahaja
Itulah sebabnya ayahku tidak menyukai dikau.
AAO :
Hanya kerana itu sahaja yang menyebabkan ayahmu tidak merestui cinta kita?
Oh, tidak! Katakan semua ini dusta belaka.
MBA :
Tidak, AAO! Ini sememangnya sebenar-benar kenyataan. Lagi pula, ayahku berkata yang
nilai dikau hanyalah sekadar RM899.00 dan sedangkan aku pula beharga RM3,099.00 .
Ayahku juga berkata hubungan cinta kita ini ibarat Windows dengan iOS. Tidak mungkin bersama.
AAO terdiam seketika & berdiri di hadapan pokok sambil tangan kanannya disandarkan kepada pokok seperti mana kebiasaan mana-mana filem klasik Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebelum memulakan kembali bicaranya. ( Eh, laptop ada tangankah? Ahhh, ada aku kisah? Ini blog aku, suka hati akulah hendak taip apa di blog ini. X-< ).
AAO :
Apakah benar ayahmu berkata sedemikian rupa, wahai MBA?
Tiba-tiba IPh muncul bersama IPa dan konco - konco IPoT samsengnya.
IPh :
Ya, Memang benar apa yang dikatakan oleh MBA itu!
MBA :
AYAHANDA!
IPh :
Hei, MBA! Sudah berapa kali ayahanda pesan sama kau…. Jangan hampiri gajet cikai ini tetapi kau degil
juga.
AAO :
Apa salah saya pakcik? Tergamak pakcik hendak memisahkan kami hanya kerana pakcik sekeluarga dari
kerabat Apple.
IPa :
Hei AAO, adalah lebik baik engkau berdiam diri. MBA ini tidak layak bersama engkau. Dia selayaknya
bersama – sama dengan aku.
IPa kemudiannya mengarahkan konco – konco IPoT samsengnya membelasah AAO. IPh menarik tangan MBA untuk pulang ke rumah ( Sekali lagi – Eh, mereka ini ada tangankah? Ahhh, aku dah kata tadi – Ada aku kisah? Inikan blog aku. Suka hati akulah hendak taip apa pun ).
MBA :
AAO, tolong aku AAO!
AAO :
MBA, jangan tinggal daku! ( Dalam keadaan kesakitan akibat dibelasah )
AAO dibelasah sehingga pengsan. Begitulah tragisnya kisah percintaan 2 gajet yang berlainan spesifikasi. Eh, kenapa ada yang senyum? Ada juga yang tergelak. Kamu semua yang senyum & gelak sememangnya kejam & tiada perasaan berbelas kasihan terhadap kisah cinta antara 2 darjat yang sedih ini. Apa hendak dikata, bersabar sahajalah wahai AAO dan MBA. B~( .
—– T A M A T —–
HAKCIPTA KHAIRUL FAIZI A.RAHMAN TERPELIHARA. ENTRI INI HANYA TERDAPAT DALAM VERSI BAHASA MELAYU SAHAJA. SEGALA CUBAAN UNTUK MENYALIN SEMULA ATAU MENTERJEMAHKAN DALAM APA JUA BAHASA / DIALEK ATAU MENGOLAH SEMULA DALAM APA JUA FORMAT SAMA ADA DALAM BENTUK FILEM PENDEK, KOMIK KARTUN, CEREKA ANIMASI & SEBAGAINYA TANPA KEIZINAN DARIPADA PENULIS BLOG YANG TELAH DINYATAKAN NAMANYA DI AWAL FRASA PERINGATAN HAKCIPTA INI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI & TINDAKAN PERUNDANGAN SAMA ADA DI PERINGKAT ANTARABANGSA ATAU DOMESTIK ATAU KEDUA – DUANYA SEKALI (YANG MANA BERSESUAIAN) AKAN DIKENAKAN KEPADA MEREKA YANG DENGAN SENGAJA & TERANG – TERANGAN MELANGGAR HAK CIPTA. SEKIAN, TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment